tag:blogger.com,1999:blog-51504862385455250682024-03-05T14:26:38.577+08:00"PENGIDUP SIKO PENGAJAR"Learning is an ongoing process...It never stop unless your body clock stop ticking...:)Roland Robert Imbanghttp://www.blogger.com/profile/17333357664710109675noreply@blogger.comBlogger28125tag:blogger.com,1999:blog-5150486238545525068.post-2533845644308186162010-05-31T00:30:00.003+08:002010-05-31T00:42:54.986+08:00Perjalanan Sudah Bermula & Selamat Gawai Dayak 2010Salam buat semua,
Sudah tamat penggal persekolahan pertama bagi tahun 2010. Banyak yang telah aku lalui...Perjalanan menjadi seorang pendidik begitu seronok buat aku meskipun saban hari ada saja kerenah anak muridku yang seringkali mencuit hati.
Teman2 seperjuangan di Universiti dan Institut Perguruan masing2 telah membina kehidupan sendiri. Walaupun begitu,kami masih saling menghantarkan teks pesanan ringkas dan juga melalui "facebook".
Selama 5 bulan mengajar di sekolah luar bandar yang serba kekurangan bukan satu masalah buat aku kerana semua ini pernah aku lalui. Malah, minggu pertama persekolahan aku telah diduga oleh NYA dengan keadaan banjir yang berlaku. Kesian sekali aku melihat anak kecil yang dipimpin oleh ayahnya untuk menyeberang ke kawasan sekolah.
Semua itu akan ku jadikan pembakar semangat bagi meneruskan perjuangan yang baru bermula dalam bidang ini. Buat rakan yang mengalamai keadaan serupa, turunkanlah ilmu seikhlas mungkin tanpa mengharapkan balasan. Apa yang kita curahkan pada hari ini tidak akan membuahkan hasil sekelip mata.
Jangan hairan apabila suatu ketika nanti di usia tua kita, doktor yang merawat adalah dikalangan murid2 kita pada hari ini...:)
P/S: Keikhlasan dalam memberi nasihat serta bimbingan memerlukan kesabaran...12:41am..31/05/2010Roland Robert Imbanghttp://www.blogger.com/profile/17333357664710109675noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5150486238545525068.post-37385757059680628892009-12-31T21:51:00.003+08:002009-12-31T22:01:58.754+08:00Semalam...Hari Ini..& Esok...Salam buat semua....
Rindu rasanya setelah lama tidak mencoret di ruangan blog ini. Esok merupakan tahun baru (2010) dimana tahun 2009 bakal kita tinggalkan. Pelbagai yang telah aku lalui hinggakan kadangkala aku terasa seakan-akam masa berlalu begitu pantas. Terima kasih buat semua yang telah hadir dalam hidupku sepanjang 30 tahun ini. Salam 2010 buat semua yang mengenali dan semoga kita memperolehi kejayaan dan kekal sihat seperti tahun2 lepas dimana kita mampu menjalankan tugas kita demi keluarga, adik-beradik, saudara mara serta rakan taulan. Jika ada tersilap kata terkasar bahasa, disini saya menyusun sepuluh jari memohon kemaafan. Moga kita lebih dirahmati dan dijauhkan dari malapetaka di tahun yang bakal datang esok. Selepas ini :Khabar Dari IPGM Kampus Rajang" akan bertukar nama namun wajah disebaliknya tetap sama...tetap setia kepada rakan taulan yang lama.Renungkan segala yang salah dan silap di tahun 2009 ini dan jadikan ia sebagai pendorong buat kita untuk berbuat betul dan lebih baik buat sebelumnya...
P/S:
SALAM 2010 BUAT SEMUA...Roland Robert Imbanghttp://www.blogger.com/profile/17333357664710109675noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5150486238545525068.post-36813938675616650202009-10-27T08:59:00.001+08:002009-10-27T09:04:52.644+08:00Liverpool 2-Man.Utd 0Salam buat semua,
Semalam sekali lagi juara Liga Perdana Inggeris (Man.Utd) dikalahkan oleh pasukan Liverpool hasil jaringan Torres & Ngog. Banyak sekali pendapat yang diterima sewaktu perlawanan sedang berlangsung.Ada yang mengatakan pengadil berat sebelah.Mungkinkah itu benar atau pasukan bimbingan Sir Alex Ferguson telah ketandusan idea untuk mempertahankan gelaran? Walaupun masih banyak perlawanan yang akan dilalui, pastinya malam semalam merupakan satu tamparan hebat buat Ferguson. Setelah melalui 11 perlawanan tanpa kalah, perlawanan semalam pastinya membuka mata beliau untuk mencongak lebih banyak strategi untuk perlawanan akan datang. Bagi Benitez pula, kemenangan menentang pasukan "The Red Devil" pasti melegakannya kerana beliau mungkin terselamat dan boleh berada lebih lama untuk berbakti bersama Liverpool. Tahniah buat Benitez & dan buat Sir Alex pula ini merupakan detik perlawanan yang menjadikannya pengurus paling berjaya dalam sejarah bolasepak England kerana beliau akan sentiasa bangkit untuk memimpin pasukan "The Red Devil"...
P/S: Adakah keputusan sama akan terjadi di Old Trafford? Nantikan...Roland Robert Imbanghttp://www.blogger.com/profile/17333357664710109675noreply@blogger.com3tag:blogger.com,1999:blog-5150486238545525068.post-32348490280481442552009-10-06T10:13:00.003+08:002009-10-06T10:32:20.168+08:00Terima kasih warga SK PENGHULU IMBAN, SELANGAUSalam buat semua,
Sedar tak sedar dah berlalu 3 bulan yang diperuntukkan untuk menjalani latihan praktikum. SK Penghulu Imban, Selangau akan tetap terpahat di hatiku kerana segala kisah perjalanan sebagai seorang guru bermula di sini. Pada hari pertama aku dan rakanku menjejakkan kaki ke situ untuk mendaftar aku dapat merasakan satu perasaan dimana aku bakal menyesuaikan diri dengan sekolah ini dan warganya dengan begitu pantas. Memang benar kata pepatah, tak kenal maka tak cinta...Sepanjang 3 bulan berada di sekolah ini, banyak sekali yang aku pelajari. Pahit, manis, masam & masin pun ada..:). Jika ditakdirkan aku kembali ke sekolah ini untuk berbakti di masa hadapan, pasti aku tak akan ragu2 untuk menyumbangkan bakti.
Terima kasih yang tidak terhingga buat pihak pengurusan sekolah terutama Guru Besar SKPI, En. Andrew Sirai Benang serta barisan penolong2 kanan iaitu Penolong Kanan 1, Pn. Husun Igang, Penolong Kanan Kokurikulum, Pn. Cecelia Jarah Kamat dan Penolong Kanan HEM, En. Desmond Pengabang. Tidak lupa juga buat En. Abdul Razak Bin Nona selaku guru pembimbing yang telah membimbing dengan penuh dedikasi sepanjang 3 bulan dan juga buat En. Buyu Anak Manggai kerana telah memberikan ruang di rumah beliau buat saya dan rakan berteduh sepanjang tempoh tersebut.
Juga buat semua guru2 lain yang telah membantu dan membimbing saya secara tidak langsung, jutaan terima kasih diucapkan. Semoga kalian beroleh kejayaan dan lebih cemerlang di masa hadapan. Akhir sekali, buat anak2 didik semua diucapkan selamat belajar dan sukses selalu hendaknya.
"TERIMA KASIH WARGA SK PENGHULU IMBAN, SELANGAU"Roland Robert Imbanghttp://www.blogger.com/profile/17333357664710109675noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5150486238545525068.post-30197687693680486442009-09-15T21:55:00.003+08:002009-09-15T22:01:32.997+08:00Selamat Hari Raya Aidilfitri...Salam buat semua,
Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin diucapkan buat semua rakan taulan yang beragama Islam. Moga2 Aidilfitri yang akan menjelang nanti memberikan seribu sinar dan harapan baru buat semua. Saya ingin menyusun sepuluh jari memohon maaf jika terdapat salah dan silap semasa berkenalan dan bersama rakan taulan dulu. Mcm lagu Tan Sri P.Ramlee..."Buang yang keruh, ambil yang jernih..."
Salam Aidilfitri buat semua...Roland Robert Imbanghttp://www.blogger.com/profile/17333357664710109675noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5150486238545525068.post-87909495647720788992009-07-09T22:51:00.003+08:002009-07-09T23:05:15.261+08:00Reunion...
Setelah lebih 2 tahun tak jumpa kami dipertemukan di pesta KAGUM yang berlangsung di Sekolah Sukan Bandar Penawar, Johor. Memang best la boleh jumpa kawan2 lama. Ni aku, Tracy ngan Wak.
P/S: Bila la boleh wat reunion ngan kengkawan SR221 (2004-2006). Tiger ngan Opel tolong la rancang sesuatu..:)Roland Robert Imbanghttp://www.blogger.com/profile/17333357664710109675noreply@blogger.com2tag:blogger.com,1999:blog-5150486238545525068.post-39825316131175217252009-07-09T22:17:00.001+08:002009-07-09T22:19:35.112+08:00I'll be there for youSo no one told you life was gonna be this way
Your job's a joke, you're broke, your lovelife's D.O.A.
It's like you're always stuck in second gear
When it hasn't been your day, your week, your month, or even your year
But I'll be there for you (when the rain starts to pour)
I'll be there for you (like I've been there before)
I'll be there for you (Cause you're there for me too)
You're still in bed at ten, and work began at eight
You've burned your breakfast, so far, things are goin' great
Your mother warned you there'd be days like these
But she didn't tell you when the world has brought you down to your knees
That I'll be there for you (when the rain starts to pour)
I'll be there for you (like I've been there before)
I'll be there for you (Cause you're there for me too)
No one could ever know me
No one could ever see me
Seems you're the only one who knows, what it's like to be me
Someone to face the day with
Make it through all the rest with
Someone I'll always laugh with
Even at my worst I'm best with you
It's like you're always stuck in second gear
When it hasn't been your day, your week, your month, or even your year
I'll be there for you (when the rain starts to pour)
I'll be there for you (like I've been there before)
I'll be there for you (Cause you're there for me too)
I'll be there for you
I'll be there for you
Salam buat semua,
QSE2594 dah sebati dengan jiwaku. Dah lebih 10 tahun rasanya dah berkhidmat untuk kami sekeluarga. Buat aku pulak, ni la satu2 nya "kaki" aku sepanjang menuntut di Shah Alam. Hadiah ayah kepada abang tapi skang dah berpindah milik kepada aku. So, dah jadik "bini" aku rasanya plak. Bulan lepas ayah menyatakan hasrat menyuruh aku jual moto ni dan amik moto baru. Katanya kalu dah jadi cikgu esok lebih baik bawak moto baru. Sedih jugak bila ayah menyatakan sedemikian. Balik hujung minggu ni ingat nak pujuk ayah supaya simpan moto ni. Biar wat "tukun" kat umah pun takpe janji ada dalam simpanan. Jasanya dah terlampau banyak, takleh nak ceritakan.
WFF2876 pulak moto ni abang yang punya tapi pernah berkhidmat untuk aku. Dari Miri ke Sibu dah banyak kali aku naik moto ni sampaikan baring kat atas jalan pun pernah ngan moto ni. Skang moto ni tengah "terbengkalai" kat umah abang aku kat Miri nu. Tengokla, kalu ada rezeki hujung tahun ni nak repair balik. Sayang gak tengok moto ni sebab jasanya pun tak kurang banyak kat aku. Harap2 kalu aku dah ada rezeki esok lusa, nak beli keta tapi dua2 moto ni masih ada lagi bersamaku. Wat kengkawan sume, sayangi lah apa yang kita ada sekarang kerana tanpa ada yang lama yang baru takkan ada punye...:)Roland Robert Imbanghttp://www.blogger.com/profile/17333357664710109675noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5150486238545525068.post-75769119973146871392009-06-29T11:48:00.003+08:002009-06-29T12:24:49.631+08:00SK Penghulu Imban, SelangauSalam buat semua,
Dah agak lama aku menyepi. Bukan kerana marah tapi segalanya mengejar masa. Aku sekarang berada di sebuah sekolah rendah untuk menjalani latihan praktikum selama 3 bulan (22 Jun-18 September 2009). Harap2 apa yang aku perolehi disini akan menjadi suatu pengalaman yang mendewasakan aku dari sudut mengajar anak bangsaku.
SK Penghulu Imban, Selangau
Inilah hakikatnya dunia pendidikan. Tiada yang sempurna cuma bagaimana kita menyesuaikan diri dengan keadaan. Aku amat bertuah kerana sepanjang 6 tahun menuntut di ipt, penyesuaian diri dengan keadaan telah diterapkan tidak kira sewaktu kuliah mahupun pendidikan luar. Sekarang aku sedang "menyibukkan" diri untuk segala persiapan untuk mengajar bagi tempoh 3 bulan ini. Jika terdapat kelapangan aku pasti akan ke "KHABAR DARI IPGM KAMPUS RAJANG" untuk berkongsi cerita.
P/S: Teringat akan seorang sahabat sewaktu di ipt dulu, seorang perempuan. Dia terlebih dulu menjadi guru dan telah ditempatkan ke Kapit, Sarawak. Setelah 4 hari berada di Bumi Kenyalang, dia kembali ke Semenanjung. Di tanya kenapa balik, alasannya dia takut dirogol kerana katanya dia satu2 guru wanita di sekolah itu....:). Teruk sangatkah budaya kami disini...?Persoalannya, adakah dia calon guru yang sesuai dan bukankah dia telah melanggar perjanjian penempatan? Fikir2 kan... ( Bukan mengata hanya menyatakan kebenaran sahaja)Roland Robert Imbanghttp://www.blogger.com/profile/17333357664710109675noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-5150486238545525068.post-84105955658615525852009-05-09T21:51:00.003+08:002009-05-09T22:14:48.577+08:00Selamat Hari Ibu!!!Salam buat semua,
Selamat Hari Ibu buat semua rakan2 yang bergelar IBU dan buat sahabat yang masih mempunyai IBU. Buat teman yang IBU nya telah tiada ingin sekali aku berkongsi IBU ku buat semua. IBU merupakan seorang sahabat buatku sejak lahir. Makan minum ku semuanya disediakan. Pakaian & wang saku juga disediakan segalanya untuk anaknya. Aku pernah menyakiti hati IBU ku, segalanya angkara sifat degilku. Pengalaman berjauhan selama 7 tahun menuntut di IPT mendewasakan aku akan pentingnya kasih sayang seorang ibu. Sewaktu susah & senangku menuntut, IBU merupakan idolaku. Aku masih ingat akan pesan IBU setiap kali sebelum bertolak ke Selangor. "Soal perbelanjaan untuk belajar tidak payah dihiraukan. Ibu akan sentiasa mengadakannya"katanya...Sekarang aku sudah berada di landasan yang betul untuk membalas jasa nya. Buat IBU, "SAYA SAYANG IBU"...dan tidak lupa juga buat ayah.Aku bangga menjadi anak kalian berdua.Semoga IBU & AYAH ku dilindungi sentiasa oleh NYA dan dipanjangkan umur.
P/S: Memang benar syurga itu dibawah tapak kaki IBU.Roland Robert Imbanghttp://www.blogger.com/profile/17333357664710109675noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5150486238545525068.post-18825563025966337372009-05-09T21:43:00.003+08:002009-05-09T21:50:56.036+08:00Kursus Asas SenamrobikSalam buat semua,
Semalam & hari ini membawa seribu makna baru erti pembelajaran buat aku. Kursus Asas Senamrobik memberi satu pengalaman baru. Dari seorang "kayu" aku mampu menunjukkan beberapa langkah "bergaya" dalam senamrobik. Walaupun 2 hari diperuntukkan buat kami untuk memahami senamrobik tetapi ia mampu merubah persepsi kami dan lebih lagi diriku sendiri. Persiapan untuk menjalani praktikum bulan Jun nanti sudah hampir 90%. Pastinya aku mampu tersenyum jika pada waktu itu nanti aku disuruh untuk mengadakan senamrobik untuk anak2 bangsaku yang dahagakan satu pembelajaran baru. Terima kasih buat yang terlibat menjayakan kursus tersebut dan diucapkan selamat berjuang buat rakan2 sepelatih.Roland Robert Imbanghttp://www.blogger.com/profile/17333357664710109675noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5150486238545525068.post-59134482641766817012009-03-25T23:06:00.006+08:002009-03-25T23:44:24.070+08:003 hari yang penuh pengajaran...Salam buat semua,
3 daripada 10 hari yang diwajibkan untuk menjalani Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) telah pun aku lalui. BELAJAR, merupakan satu kata keramat yang sentiasa terngiang-ngiang di kepalaku. Hari pertama melaporkan diri di sebuah sekolah rendah berhampiran rumah ku, aku telah menerima satu "tamparan" yang terkena tepat di pipiku. Tiga orang guru pelatih termasuk aku diberi taklimat oleh guru besar sekolah tersebut. Kata pertama yang keluar dari mulut beliau adalah" Saya tidak suka guru KPLI!!! Semuanya CELUP!!!" Apakah maksudnya? Adakah graduan lepasan ijazah tidak berilmu? Hina sangatkah kami berbanding bakal guru lepasan tingkatan 5 yang menjalani kursus perguruan 5 1/2 tahun? Ya, memang kami dicelup selama setahun tapi adilkah kami diperlakukan sedemikian? "Kita patut "belasah" guru KPLI cukup2!!!" tambah beliau lagi. Muka ku merah padam..Apa yang pasti GB tersebut tidak sedar akan statusku sebagai satu2 nya calon guru pelatih KPLI yang menjalani PBS di sekolah tersebut. Biar lah, apa yang pasti aku harus melalui 7 hari yang akan mendatang. Mungkin pengalaman lampau yang menyebabkan GB tersebut berkata demikian. Semalam dan pagi tadi aku telah "dibenarkan" untuk mengajar meskipun belum mendapat "lesen" daripada pihak kementerian. Jikalau tak silap, adalah merupakan satu kesalahan membenarkan guru pelatih mengajar sewaktu PBS (ketika praktikum baru kami layak untuk mengajar) dilangsungkan. Kalau nak buat naya boleh sajer aku buat laporan kat institut dan memang sah2 la GB ni kena tindakan. Esok aku kena buat sesuatu, jumpa GB dan sampaikan apa yang sepatutnya. Kami dibenarkan untuk masuk ke kelas untuk melihat dan mendapatkan pengalaman mengajar daripada guru pembimbing dan bukan nya mengajar. 3 hari yang aku lalui ini digunakan untuk BELAJAR bersabar, menilai dan menegakkan kebenaran.
P/S: Proses BELAJAR merupakan suatu proses yang tidak ada penghujungnya melainkan kita meninggalkan muka bumi ini. BELAJAR lah seberapa banyak pekara kerana setiap hari pasti ada saja benda baru untuk kita ketahui.Roland Robert Imbanghttp://www.blogger.com/profile/17333357664710109675noreply@blogger.com8tag:blogger.com,1999:blog-5150486238545525068.post-27523486631299069212009-02-20T12:34:00.004+08:002009-02-20T12:49:58.854+08:00Pesta Ang Pow Peringkat IPGM Kampus Rajang KPLI PJ 2009
Pada malam Rabu lepas, kampus telah menjalankan sambutan pesta Ang Pow. Malam tersebut bermacam persembahan yang dilakukan. Ada tarian singa, persembahan nyanyian, lakonan dan macam2 lagi. Kami mewakili KPLI Pendidikan Jasmani pula mempersembahkan Senamrobik 12 Zodiak. Bunyi mcm "grand" tapi itu lah kenyataan....:) Walaupun masa yang diperuntukkan untuk berlatih kurang dari seminggu tetapi kami telah melakukan yang terbaik. Pensyarah pembimbing berpuashati dengan persembahan kami. Ini baru program pertama kami, selepas ini bakal menyusul lebih banyak program untuk dijayakan.
Roland Robert Imbanghttp://www.blogger.com/profile/17333357664710109675noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5150486238545525068.post-63414090971870636232009-02-20T12:26:00.004+08:002009-02-20T12:49:12.439+08:00Segalanya mengejar masaSalam sejahtera....
Sudah 1 bulan 8 hari aku berada di IPGM Kampus Rajang ini. Semuanya mengejar masa. Dari awal pagi kuliah bermula seawal 7.30 pagi hingga 6.30 ptg melainkan Rabu dan Jumaat. Pembentangan sudah ada yang telah siap dibentang dan masih ada yang bakal menyusul. Yang penting sekarang aku dah siapkan hampir semua tugasan dan pembentangan. Minggu depan akan ada kursus Kejurulatihan Hoki Indoor tahap I. Minggu berikutnya akan ada kursus BIG (Bina Insan Guru) selama 4 hari 3 malam. Balik dari BIG menyusul pula simulasi Pendidikan Luar sebelum cuti semester bermula. Tamat cuti semester akan ada pula PBS (Pengalaman Berasaskan Sekolah). Apa yang dapat disimpulkan di sini adalah semuanya serba sibuk dan masa mencemburui kami sepanjang masa berada di sini.Roland Robert Imbanghttp://www.blogger.com/profile/17333357664710109675noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-5150486238545525068.post-45836032098047501012009-01-25T00:30:00.003+08:002009-01-25T00:40:30.138+08:00Bermulanya Satu PerjalananSalam buat semua...
Dah 2 minggu aku tak mencoret di blog ini. Buat makluman semua aku sekarang berada di IPR yang terletak di Bintangor, jadi skang aku akan sampaikan berita yang sewaktu ngan Bintangor dan bukannya di Miri seperti dulu. Minggu Pengurusan Pelajar Baharu 2009 untuk guru2 pelatih aku lalui dengan hati yang tenang. Kuliah dah pun bermula dan tugasan pun dah melambak. Cuma ada kurang 4 bulan nak menuntut ilmu jadik cikgu ni. Skang aku tengah dalam proses "mengecilkan"badan...Hehehehe...Aku amik jadik guru Pendidikan Jasmani so kena la jaga badan. Buat teman2 & rakan taulan akan ku kirimkan berita sepanjang tahun ni yang mana berkaitan ngan aktiviti kat IPR nanti...Semoga jumpa lagi di hari2 yang akan datang..
P/S: Dengar2 dalam bulan Mac adala wireless kat asrama guru pelatih. Nanti boleh la kirim2 kan berita2 & xtvt2 kat sana..Roland Robert Imbanghttp://www.blogger.com/profile/17333357664710109675noreply@blogger.com2tag:blogger.com,1999:blog-5150486238545525068.post-56609372361410589652009-01-06T14:23:00.005+08:002009-01-06T14:54:17.722+08:00281 hari bersama PPH (1/4/2008-6/1/2009Salam buat semua,
Hari ini adalah hari terakhir buat aku bertugas sebagai Pegawai Pemantau Harga (PPH) bahagian Miri, Sarawak. Hujan yang turun lebat sejak pagi tadi seolah-olah menceritakan betapa beratnya hatiku untuk meninggalkan kementerian ini. Takdir telah menentukan aku bakal menjadi guru. Belum sempat untuk naik ke pejabat, aku terus menuju ke kedai kopi yang terletak di hadapan bangunan pejabat untuk minum pagi bersama rakan sepejabat. Aku turut serta menyertai operasi memantau yang terakhir buatku sebagai PPH. Destinasi kami adalah Bekenu yang terletak kira2 setengah jam perjalanan menaiki kereta. Aku ditemani oleh 2 orang rakan sekerja wanita (Lenny & Merina). Belum sampai 5 minit perjalanan, Lenny mula membuka mulutnya. "Deng, sori benar2 auk"..begitulah ucapan yang pertama keluar dari mulutnya. Aku bertanya kenapa dan dia cuma menjawab dengan jawapan yang kurang jelas..Aku terdiam. Adakah Lenny bersalah padaku? Apakah kesalahannya sampai meminta maaf sebegini...aku biarkan saja. Setelah selesai memantau kami kembali ke Miri. Perjalanan balik diselang-selikan dengan riak tawa kami bertiga. Aku pasti akan rindukan saat ini nanti. Setelah sampai di Miri aku, Wellson, Merina & Ervinna makan tengahari bersama. Dari pada situ barulah aku faham apa yang dikatakan oleh Lenny sebentar tadi. Buat kedua-duanya, nasihatku eloklah dibawa berbincang perkara yang telah terjadi. Tiada gunanya bermasam muka serta bermusuhan. Perselisihan kata diantara rakan2 sebenarnya mampu mengeratkan silaturrahim sesama kita. Aku ucapkan kalian semua berbahagia & bertemu kerjaya yang akan membolehkan kalian berjaya di kemudian hari...PPDNHEP Miri (PPH) 1/4/2008-6/1/2009...
P/S: Petang nanti aku ingat nak wat perjumpaan terakhir ngan geng2 PPH Miri, itu pun jikalau dia orang sumer ada kat pejabat. Mungkin lepas ni aku akan lama tak menjenguk "Khabar Dari Miri" kerana aku akan berpindah balik ke Sibu dan akan menuntut ilmu perguruan selama 1 tahun. Jikalau ada kesempatan akan ku coretkan segala cerita duniaku buat kalian semua. Terima kasih semua...(Kat umah aku di Sibu takde wireless percuma!!!...:)Roland Robert Imbanghttp://www.blogger.com/profile/17333357664710109675noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-5150486238545525068.post-13611722320935444242009-01-02T10:55:00.008+08:002009-01-02T11:28:12.341+08:00Warkah Tahun BaruSalam tahun baru buat semua...
Baru 2 hari memasuki tahun 2009 dan kalau dibuat perkiraan hanya kurang seminggu atau lebih tepat 5 hari lagi untk aku menabur bakti di kementerian ini. Rezeki yang datang di penghujung 2008 membuka lembaran baru buat aku di tahun 2009 ini.... 12 Januari satu tarikh keramat yang bakal menjadi satu perjalanan baru buat aku mencipta kerjaya sebagai seorang pendidik. Jika diizinkan Tuhan, lebih kurang setahun dari sekarang aku bakal menjadi seorang guru. Segala pengalaman pahit manis di kementerian ini yang aku timba selama 8 bulan lebih akan ku bawa bersama. Rakan2, sahabat dan teman sekerja aku bakal tinggalkan demi sebuah masa depan. Aku akui segala perselisihan faham yang berlaku diantara teman2 sepejabat mengeratkan lagi pergaulan diantara kami. Selasa depan bakal menjadi mesyuarat terakhir yang bakal aku kelolakan selaku ketua PPH Miri. Aku masih ingat betapa sukarnya untuk menerima tanggungjawab yang diberi untuk dipikul tetapi teman2 menjadi tulang belakang buat aku. Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan buat semua. Aku pasti semua yang berlaku ada hikmahnya. Kawan2, teman2 sepejabat yang aku tinggalkan sekarang tidak bererti kalian akan ku lupakan kerana ruang dalam hati ini tetap ada buat kalian.
Pemandangan yang bakal aku rindui dari kamar Pejabat Perdagangan Dalam Negeri & Hal Ehwal Pengguna, Miri.
P/S: The journey begins as the legend continue...Roland Robert Imbanghttp://www.blogger.com/profile/17333357664710109675noreply@blogger.com3tag:blogger.com,1999:blog-5150486238545525068.post-84551722596869756812008-12-30T16:18:00.000+08:002008-12-30T16:45:16.757+08:00Gembira & Geram...Salam buat semua. Setelah agak lama menyepi aku kembali lagi mengisi ruang "Khabar Dari Miri". Satu berita gembira aku terima sejurus sebelum memandu pulang ke kampung untuk bercuti sempena Krismas. Terima kasih buat semua diatas doa kalian. Aku diterima untuk memasuki Maktab Perguruan Rajang yang terletak di Bintangor, Sarawak yang kebetulan 1 jam perjalanan dari rumah di Sibu. Syukur kepada Tuhan kerana telah menjawab doa2 ku selama ini...Pagi ini pula satu kejadian yang tidak disangka2 terjadi tetapi pekara ini pernah di suarakan tidak lama dulu ketika satu mesyuarat di jabatan ini. Seorang rakan ku telah ditikam dengan pisau dan ditumbuk sewaktu menjalankan tugas. Buat pengetahuan semua, kami yang bernaung di bawah Majlis Harga Barang Negara (Pegawai Pemantau Harga-PPH) dianggap bukan penjawat awam. Apa yang ingin disampaikan adalah apakah peruntukkan undang2 yang membolehkan kami dilindungi sewaktu menjalankan tugas.Bak kata seorang rakan, kerja kami seperti menyabung nyawa. Setiap pagi sebelum menjalankan tugas, kami berdoa agar dijauhkan kejadian2 yang tidak diingini berlaku.Perasaan geram melihat rakan diperlakukan sedemikian rupa menyebabkan kami berasa marah dan tidak kurang juga mematahkan semangat 2-3 orang rakan yang lain untuk berbakti di kementerian ini tapi kami redha kerana apa yang kami lakukan adalah untuk pengguna2 semua. Jadi, kepada yang beranggapan bahawa PPH tiada fungsinya harus membuka mata seluas-luasnya kerana kami tidak pernah mengabaikan tugasan yang diberi sungguhpun nyawa kami terancam..Apa2 pun, kedua2 penyerang tersebut telah ditahan untuk disoal siasat.
P/S: Aku dapat maklumat yang Mijan posting ke Kapit & Nor Ain dapat kat Limbang, Sarawak. Selamat datang untuk menabur budi di Bumi Kenyalang diucapkan buat semua sahabat yang jadik cikgu. Bak kata pepatah.."Tak Kenal Maka Tak Cinta"...Roland Robert Imbanghttp://www.blogger.com/profile/17333357664710109675noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5150486238545525068.post-85451790363474981822008-12-18T14:54:00.000+08:002008-12-18T15:17:29.930+08:00Minggu2 terakhir 2008...Dah dekat 1 bulan tak update blog ni. Sejak nak tahun baru ni kat pejabat semuanya sibuk. Nak kena siapkan benda ni, benda tu & macam2 lagi...tapi yang syoknya hari ni hari gaji!!! Boleh wat belanja nak Krismas..Hehehe..Daripada tu, tinggal 13 hari lagi dah nak masuk tahun 2009. Sedar tak sedar dah hampir 9 bulan aku keje kat sini...Macam2 benda yang aku belajar. Minggu lepas masa YM kat umah tak sangka2 Ajan Supida (pensyarah Thai) ada skali on9. Dia dah ada baby pompuan nama Sumaya. Dia kim salam kat semua yang penah kenal terutama geng2 yang amik kelas bahasa Thai. Azam baru nak buat yang lagi baik daripada tahun2 yang sudah, jadi lebih bertanggungjawab & nak tambah lagi kawan2 dan kenalan baru. Buat semua sahabat2, kawan2, dan rakan taulan yang lain "Selamat Tahun Baru 2009" diucapkan... Minggu depan nak balik kampung dan berhari Krismas ngan family...Moga tahun baru yang akan datang membawa lebih makna dan kesejahteraan buat kita semua.
P/S: Semalam John ada kirim sms cakap dia kuar hospital hari ni. Dah ok sikit katanya & boleh jalan guna tongkat. Sama2 kita berdoa agar sahabat kita ni sembuh cepat2..Roland Robert Imbanghttp://www.blogger.com/profile/17333357664710109675noreply@blogger.com2tag:blogger.com,1999:blog-5150486238545525068.post-90160249679416863082008-11-28T14:46:00.006+08:002008-11-28T15:15:52.746+08:00Cubaan dan dugaan...Salam...
Tengahari tadi aku makan lambat skit walaupun hari ni Jumaat yang mana penjawat awam akan keluar pada pukul 11.45am. Masa aku nak menyeberang jalan yang tengah sesak tiba2 datang sorang pemuda dan menerpa ke arah aku. "Bos!!! Ada duit ka? Mau pinjam buat tambang balik..Anak saya sakit tenat"...Itu lah kata2 yang keluar dari mulut pemuda ini tadi. Aku yang berada dalam keadaan terkejut cuba menjarakkan diri. Rasa kasihan pun ada, rasa takut menebal 2 kali ganda. Secara selamba aku menjawab.."Mintak sama itu polis la kawan"...sambil aku menunjukkan kepada seorang anggota polis yang sedang berkawal di bilik pengawal IPPD Miri yang kebetulan berada di depan bangunan pejabat tempat aku bertugas. Anggota polis tersebut, yang kebetulan merupakan abang kepada salah seorang sahabatku menggelengkan kepala tanda tidak membenarkan aku melayan karenah pemuda tadi dan menunjukkan isyarat agar aku beredar cepat dari situ. Pemuda tadi terus berlari meninggalkan aku dan anggota polis tadi. Kemudian dia menceritakan sesuatu yang menakutkan aku. Di tangan lelaki tadi terdapat sebilah pisau kecil yang aku sama sekali tidak sedar akan kewujudannya. Rupa-rupanya lelaki tadi berniat "mengepow" aku!!! Lutut aku jadi lemah. Niat nak makan tengahari dah tak ada. Aku segera kembali ke pejabat dan makan la biskut yang ada kat dalam pantry. Tiada ku sangka petang Jumaat tadi bakal meninggalkan satu kesan kepada diriku.
P/S: Teringat aku masa amik diploma kat S.Alam. Aku penah nak kena "pow" kat PKNS. Nasib baik ada sahabat aku Kallang Buda & Rawing Sirai yang pantas bertindak membalun mamat yang cuba "mengepow" aku. Teruk sorang daripada 3 orang penyangak tu kena. Kalau tidak entah la apa yang akan berlaku.Banyak lagi kelemahan dalam diri ini yang perlu diperbaiki...Roland Robert Imbanghttp://www.blogger.com/profile/17333357664710109675noreply@blogger.com3tag:blogger.com,1999:blog-5150486238545525068.post-2865298175797475032008-11-24T14:43:00.002+08:002008-11-28T15:17:10.248+08:00Pasrah...Salam sejahtera,
Buat semua sahabat dan blogger yang sudi menjenguk, tolong lah mana2 yang patut. Setiap kali nak masuk blog mesti ada benda "Violation" tu keluar. Dah request unlocked code pun masih ada jugak benda tu. Kalau2 blog saya kena "blocked" dan tak boleh nak masuk, ampun dan maaf dipohon.
14.47 hrs (24/11/2008)...Roland Robert Imbanghttp://www.blogger.com/profile/17333357664710109675noreply@blogger.com2tag:blogger.com,1999:blog-5150486238545525068.post-34289485996054730902008-11-21T07:29:00.001+08:002008-11-21T07:57:53.079+08:00Ishk...Ishk...Ishk...Pagi ni aku datang awal ke tempat keja. Kul 7 a.m aku dah terpacak kat kerusi dalam opis ni. Cuaca nampak cerah hari ni selepas hujan semalaman. Petang semalam, macam biasa lepas balik keja aku akan pegi swimming kat kolam renang awam yang tak jauh dari sini. Di sebabkan hari hujan renyai ketika nak balik keja, aku dan rakan sepejabatku (Johnny) pegi la jalan2 kat satu pusat membeli belah yang kebetulan kita orang selalu lalu kalau nak g swimming. Sampai kat dalam tu, adalah dalam 10 minit tiba2 kedengaran loceng kecemasan dibunyikan. Aku dan memberku terus turun ke tingkat bawah bangunan tersebut untuk menyelamatkan diri. Sambil berlari tu sempat gak aku tengok orang yang kurang prihatin dok tengok aku ngan member kau yang tengah berlari tadi. Sempat gak aku tanya sorang awek Cina kat kedai jual tepon.."Eh Amoi, apa pasal tak lari?"..."Owh, itu fired rill maa"...jawab Amoi tadi. Aiks? Takkan fire drill pun wat bodo jer? Takkan nak tunggu terbakar betul2 baru nak terhegeh-hegeh menyelamatkan diri. Pastu aku ngan member aku kuar, berkumpul kat padang letak kereta. Rupa2 nya bangunan tersebut memang sedang terbakar. Aku tengok bala2 pakcik & abang sekuriti bertungkus lumus menjalankan tugas nak suruh orang ramai keluar dengan selamat. Ada jugak manusia yang tak sayangkan nyawa kat dalam dunia ni rupa2 nya. Ada peluang menyelamatkan diri tapi wat2 banggang atau memang banggang. Nasib baik bomba sampai cepat dan dapat padamkan api, kalau tak memang dah hangus rentung la manusia2 ni tadi.
P/S: Teringat masa jadi guru sandaran tidak berapa lama dulu. Masa tu kita orang buat fire drill kat sekolah asrama. Budak2 boleh santai2 lagi nak kuar dari asrama. Ada yang siap boleh pakai baju sekolah, ada yang bawak bantal dan yang siap pakai minyak wangi pun ada!!! Apa punya tuuur...Roland Robert Imbanghttp://www.blogger.com/profile/17333357664710109675noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5150486238545525068.post-41585503755918580682008-11-13T14:04:00.003+08:002008-11-14T14:07:40.795+08:00Al-Kisah di Taman Negara PahangHari ni keje tak banyak & aku dah siapkan semuanya awal2 lagi...tengah dok menung2 kat opis ni aku teringat kisah lucu yang berlaku sewaktu amik diploma kat UiTM dulu. Kalau tak silap masa tu aku dalam tahun ke-2 (2002-2003). Kelas aku masa tu wat program gi Taman Negara Pahang. Ramai gak budak2 yang pergi, dua kelas gabung dalam 40 orang. Best la masa tu, semua buat sama2..Makan, mandi, tido (laki2 ngan pompuan asing2 la)...Nak dijadikan cerita, kita orang pergi kat sebuah gua, (Gua Telinga) kalau tak silap aku. Masa nak sampai kat gua tiba2 sorang sahabat aku (Bob) kena sengat tah apekebenda yang menyebabkan muka nya bertukar jadi macam orang tua. (Sori Bob, bukan aku nak wat cerita tapi betul2 muka hang bertukaq macam tu...Hehehe) Pastu pensyarah pengiring, En. Hisyam Che Mat suruh la beberapa volunteer gi antar Bob balik untuk dapatkan rawatan. Aku pun offerkan diri, (bukan ape, aku fobia masuk gua...:)...pastu ada Mijan (skang tengah training nak jadik cikgu) ngan Pudji (ada member cakap dia dah keje JPJ). Jadi kita orang papah la Bob ni balik. Kalau tak silap nak gi gua ni amik masa dalam 1 1/2 jam. Punya la payah, dah ler Bob tak leh nak bukak mata, maklum la tengah sakit. Kalau nak naik bukit ok lagi la, boleh tolak dari belakang tapi kalau nak turun bukit yang curam skit sape nak kat depan Bob. Nanti tak pasal2 kena hempap ngan Bob ni plak...Kita orang 3 pakat suruh dia duduk dan kemudian tolak dia ke bawah (mengelunsur). Bob apa lagi, dok mengaduh sana mengaduh sini tapi kita orang buat tak tau je...Hehehe!!! Pastu berlaku la benda yang tak disangka2. Masa kami tengah papah Bob kat tengah hutan tu tiba2 lalu sekumpulan babi hutan dengan saiz badan yang memang besar. Tipu tak tipu saiznya sebesar lembu!!! Aku, Mijan & Pudji dengan automatiknya lari sembunyi kat belakang pokok. Tinggal lah Bob bersendirian kat situ. Kita orang 3 saling berpandangan & hairan nape lak Bob ni tak lari. Pastu terdengar la suara Bob panggil kita orang..."Land....Mijan...Pudji....Hangpa suma pi mana?" Laaa...pastu baru teringat yang Bob tak pat nampak sebab mata dia dah naik lebam kene sengatan apekebenda serangga hutan tadi. Dalam dok tengah kalut sempat gak aku, Mijan & Pudji menoleh ke arah kumpulan babi hutan tadi. Yang paling kami tak tahan, seekor babi yang agak besar sempat berhenti dan menjeling kat Bob, pastu blah...Tiba2 terdengar suara Mijan & Pudji ketawa terbahak2 & aku pun join skali. Kita orang terus pegi kat Bob, cepat2 bawak dia pergi dari situ. Sampai kat klinik, Bob terus diperiksa dan diberi suntikan. Kemudian baru kita orang cerita kat Bob apa yang berlaku..."Sampai hati korang tinggal aku sorang2!!!"...kata Bob dengan nada agak marah. Si Pudji plak menyampuk..."Alah Bob, babi tadi takkan pi sontot hang sebab hang buat muka 'kering'!!!...Apalagi pastu aku, Mijan, Pudji termasuk lah Bob ketawa terbahak2...
P/S: Rindu la saat2 masa mengaji dulu...Terasa nak jumpa sahabat2 lama. Pesanan wat korang yang tengah mengaji (blajar la tu), penuhkan masa untuk kumpul kenangan yang indah2...Kalau dah keja esok2 tu mesti teringat nak wat benda2 tu balik...:)Roland Robert Imbanghttp://www.blogger.com/profile/17333357664710109675noreply@blogger.com10tag:blogger.com,1999:blog-5150486238545525068.post-41216428695125304312008-11-13T09:38:00.004+08:002008-11-13T12:33:49.166+08:00Tekanan kerja yang melampau???Salam sejahtera buat semua...Dah masuk 8 bulan aku bekerja dengan kementerian dan selama itu lah aku mendengar pelbagai rungutan daripada rakan2 sepejabat..Ada yang kata macam ni, ada pulak yang kata macam tu..Pada asasnya itu adalah RUNGUTAN...Ada sorang teman ni, alih2 mengadu tekanan kerja yang melampau..Kena buat inilah, itulah dan macam2 lagi. Pada pengamatan aku takde plak kerjanya melampau2 seperti yang di war2 kan. Datang kat opis dekat kul 8am walaupun sepatutnye teman ni kene masuk kul 7.30am. Pastu dalam kul 9.30am dah kuar minum pagi. Dalam kul 11.30am bru sambung keje balik..Kita orang lunch dalam kul 1pm, tetapi batang hidung teman ni dalam kul 12.30pm dah tak nampak dah..Makan punya makan, kul 2pm dah kene sambung keja..Teman ni tadi dah masuk awal, seawal 1.45pm. Tapi bukan wat keje tapi gi pukul..Pukul bola ping-pong kat dalam bilih rehat nu..Pukul punya pukul dah dekat waktu balik iaitu kul 4.30pm..Hai...Banyak sangat ke tekanan yang ada kat kepala teman ni...Begitu lah rutin si teman ni tadi sampai skang ni..Ditegur katanya "Aku tau la buat keja aku!!!" Hai2...Sebagai kawan aku tegur lagi wat kali kedua..Jawapan yang sama aku terima. Sampai skang aku terima dengan seadanya tebiat teman aku ni...Tapi satu benda yang aku nak kongsi kat semua..Kalau dah banyak sangat tekanan tu dan rasa takpat nak tahan, baik berhenti keje sebab ramai lagi kawan2, rakan2 graduan aku kat luar sane takde keje a.k.a tengah menganggur yang nak kan tekanan keje korang yang taknak keje..(Bukan marah ni tapi cuma meluahkan rasa hati)...:)
P/S: Bersyukurlah sekiranya kita tertekan kerana ada kerja yang perlu difikirkan dan dilakukan kerana tekanan yang dilalui oleh sahabat2 kita yang belum bekerja melebihi daripada apa yang kita rasa sekarang ni...Memetik ungkapan seorang sahabat; "Besar sangat ke batu atas kepala dia itu bos sampai dia rasa tertekan buat keja"...Roland Robert Imbanghttp://www.blogger.com/profile/17333357664710109675noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-5150486238545525068.post-17523847527539696172008-11-11T13:30:00.003+08:002008-11-14T14:14:14.604+08:00Kawan Sampai MatiBaru2 ini, aku berbalas sms dengan seorang teman yang suatu masa dulu pernah menjadi pujaan. Di penghujung sms, permintaannya berbunyi sebuah pertanyaan. Ia berbunyi begini.."KITA KAWAN SAMPAI MATI, YA?"....Bunyi macam menakutkan tapi itulah apa yang semua kita perlukan. Kita berjumpa dan berkenalan dengan seseorang setiap hari tapi berapa ramaikah di antara mereka yang akan kekal sebagai kawan hingga hujung nyawa? Sejak lahir ke dunia kita ditemukan dengan pelbagai jenis kawan. Bak kata seorang sahabat, rambut sama hijau (hitam) tapi hati lain2..Ya, memang hati kita berlainan bentuk dan saiznya tetapi apa yang dimaksudkan adalah apa yang terbuku di dalam hati seseorang. "Bercinta biar satu,berkawan biar beribu"...Itulah ungkapan yang sering dinyatakan..Maknanya begitu mendalam dengan ungkapan menekankan apabila kita berkawan biar melebihi lebih dari seorang. Baik kawan lelaki atau perempuan, berapa ramaikah yang pernah, seringkali atau tiada sesaat pun yang menyakiti hati kita? Kawan sampai mati? Adakah seorang kawan yang pernah menyakiti hati kita tidak tergolong dalam kategori kawan sampai mati? Siapalah kita untuk mengadili insan lain? DIA sendiri tidak pernah menidakkan hak seseorang untuk berkawan apatah lagi kita. Kawan sampai mati adalah kawan yang sentiasa memaafkan, meminta maaf ketika bersalah dan kadangkala terpaksa mengalah dan mengaku bersalah hanya kerana ingin menyelamatkan sebuah persahabatan...Buat kawan2 yang melayari blog ini, jika anda tergolong dalam kategori yang dimaksudkan bermakna andalah KAWAN SAMPAI MATI!!! Salam sejahtera & moga sihat2 hendaknya...:)
P/s: Buat teman tersebut, kita sememangnya ditakdirkan sebagai "KAWAN SAMPAI MATI". Hanya yang terbaik aku doakan buat dirimu...AMEN...Roland Robert Imbanghttp://www.blogger.com/profile/17333357664710109675noreply@blogger.com1