Salam buat semua,
3 daripada 10 hari yang diwajibkan untuk menjalani Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) telah pun aku lalui. BELAJAR, merupakan satu kata keramat yang sentiasa terngiang-ngiang di kepalaku. Hari pertama melaporkan diri di sebuah sekolah rendah berhampiran rumah ku, aku telah menerima satu "tamparan" yang terkena tepat di pipiku. Tiga orang guru pelatih termasuk aku diberi taklimat oleh guru besar sekolah tersebut. Kata pertama yang keluar dari mulut beliau adalah" Saya tidak suka guru KPLI!!! Semuanya CELUP!!!" Apakah maksudnya? Adakah graduan lepasan ijazah tidak berilmu? Hina sangatkah kami berbanding bakal guru lepasan tingkatan 5 yang menjalani kursus perguruan 5 1/2 tahun? Ya, memang kami dicelup selama setahun tapi adilkah kami diperlakukan sedemikian? "Kita patut "belasah" guru KPLI cukup2!!!" tambah beliau lagi. Muka ku merah padam..Apa yang pasti GB tersebut tidak sedar akan statusku sebagai satu2 nya calon guru pelatih KPLI yang menjalani PBS di sekolah tersebut. Biar lah, apa yang pasti aku harus melalui 7 hari yang akan mendatang. Mungkin pengalaman lampau yang menyebabkan GB tersebut berkata demikian. Semalam dan pagi tadi aku telah "dibenarkan" untuk mengajar meskipun belum mendapat "lesen" daripada pihak kementerian. Jikalau tak silap, adalah merupakan satu kesalahan membenarkan guru pelatih mengajar sewaktu PBS (ketika praktikum baru kami layak untuk mengajar) dilangsungkan. Kalau nak buat naya boleh sajer aku buat laporan kat institut dan memang sah2 la GB ni kena tindakan. Esok aku kena buat sesuatu, jumpa GB dan sampaikan apa yang sepatutnya. Kami dibenarkan untuk masuk ke kelas untuk melihat dan mendapatkan pengalaman mengajar daripada guru pembimbing dan bukan nya mengajar. 3 hari yang aku lalui ini digunakan untuk BELAJAR bersabar, menilai dan menegakkan kebenaran.
P/S: Proses BELAJAR merupakan suatu proses yang tidak ada penghujungnya melainkan kita meninggalkan muka bumi ini. BELAJAR lah seberapa banyak pekara kerana setiap hari pasti ada saja benda baru untuk kita ketahui.
Wednesday, March 25, 2009
3 hari yang penuh pengajaran...
Posted by Roland Robert Imbang at 11:06 PM
Labels: Aku dan Kerjaya, PBS, Pengalaman baru
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
8 comments:
Helo Roland,
banyak kan bersabar.Tempuhi segalanya dengan penuh semangat...biaq pi la GB tu nak kata ape pon..huhuhu...
Setiap pelajar KPLI akan merasai hal begitu. Dan juga di IPG masing-masing maka bekalan anda ialah belajar dan sabar. Saya buat PBS tahun lepas dan yang paling banyak membantu ialah Encik Norbert, Encik Law dan pensyarah-pensyarah dari IPRajang yang tidak putus-putus memberi galakan SEHINGGALAH SAYA LULUS DENGAN CEMERLANG KPLI
Hai bg roland...
Mbak ilek jak.. Anggap jak ya cabaran lam hidup ktk... Lom gik bila kita dah kerja lak macam2 gik perlu kita tempuh... Huhu...
Jr.
roland ima nie..kenal lg?aku kat ipgm kampus pulau pinang sama batch ngan ko la..add aku kasehimayo.blogspot.com
GB xpatot ckp begitu..dia xbertamadun!!KPLI bukan seme begitu..pendapat aku mungkin dia ade pengalaman bersama budak KPLI yang poyo dan Kurang hajar..tue yg dia ckp begitu!!mungkinla..
kelas aku br biz ujian AMALI OLAHRAGA N UKJK perh...menarik giler..aku skor CEMERLANG joe..huhu bleyla kiter tukar2 asignment..
ehmm..same la kite...ayat guru celup jugak kne..mmg kite dilabel begitu..
padahal kami x pernah riak pun ada degree..bg kami sama je x perlu nk riak..
Post a Comment