Wednesday, March 25, 2009

3 hari yang penuh pengajaran...

Salam buat semua,

3 daripada 10 hari yang diwajibkan untuk menjalani Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) telah pun aku lalui. BELAJAR, merupakan satu kata keramat yang sentiasa terngiang-ngiang di kepalaku. Hari pertama melaporkan diri di sebuah sekolah rendah berhampiran rumah ku, aku telah menerima satu "tamparan" yang terkena tepat di pipiku. Tiga orang guru pelatih termasuk aku diberi taklimat oleh guru besar sekolah tersebut. Kata pertama yang keluar dari mulut beliau adalah" Saya tidak suka guru KPLI!!! Semuanya CELUP!!!" Apakah maksudnya? Adakah graduan lepasan ijazah tidak berilmu? Hina sangatkah kami berbanding bakal guru lepasan tingkatan 5 yang menjalani kursus perguruan 5 1/2 tahun? Ya, memang kami dicelup selama setahun tapi adilkah kami diperlakukan sedemikian? "Kita patut "belasah" guru KPLI cukup2!!!" tambah beliau lagi. Muka ku merah padam..Apa yang pasti GB tersebut tidak sedar akan statusku sebagai satu2 nya calon guru pelatih KPLI yang menjalani PBS di sekolah tersebut. Biar lah, apa yang pasti aku harus melalui 7 hari yang akan mendatang. Mungkin pengalaman lampau yang menyebabkan GB tersebut berkata demikian. Semalam dan pagi tadi aku telah "dibenarkan" untuk mengajar meskipun belum mendapat "lesen" daripada pihak kementerian. Jikalau tak silap, adalah merupakan satu kesalahan membenarkan guru pelatih mengajar sewaktu PBS (ketika praktikum baru kami layak untuk mengajar) dilangsungkan. Kalau nak buat naya boleh sajer aku buat laporan kat institut dan memang sah2 la GB ni kena tindakan. Esok aku kena buat sesuatu, jumpa GB dan sampaikan apa yang sepatutnya. Kami dibenarkan untuk masuk ke kelas untuk melihat dan mendapatkan pengalaman mengajar daripada guru pembimbing dan bukan nya mengajar. 3 hari yang aku lalui ini digunakan untuk BELAJAR bersabar, menilai dan menegakkan kebenaran.


P/S: Proses BELAJAR merupakan suatu proses yang tidak ada penghujungnya melainkan kita meninggalkan muka bumi ini. BELAJAR lah seberapa banyak pekara kerana setiap hari pasti ada saja benda baru untuk kita ketahui.