Monday, May 31, 2010

Perjalanan Sudah Bermula & Selamat Gawai Dayak 2010

Salam buat semua,

Sudah tamat penggal persekolahan pertama bagi tahun 2010. Banyak yang telah aku lalui...Perjalanan menjadi seorang pendidik begitu seronok buat aku meskipun saban hari ada saja kerenah anak muridku yang seringkali mencuit hati.
Teman2 seperjuangan di Universiti dan Institut Perguruan masing2 telah membina kehidupan sendiri. Walaupun begitu,kami masih saling menghantarkan teks pesanan ringkas dan juga melalui "facebook".
Selama 5 bulan mengajar di sekolah luar bandar yang serba kekurangan bukan satu masalah buat aku kerana semua ini pernah aku lalui. Malah, minggu pertama persekolahan aku telah diduga oleh NYA dengan keadaan banjir yang berlaku. Kesian sekali aku melihat anak kecil yang dipimpin oleh ayahnya untuk menyeberang ke kawasan sekolah.
Semua itu akan ku jadikan pembakar semangat bagi meneruskan perjuangan yang baru bermula dalam bidang ini. Buat rakan yang mengalamai keadaan serupa, turunkanlah ilmu seikhlas mungkin tanpa mengharapkan balasan. Apa yang kita curahkan pada hari ini tidak akan membuahkan hasil sekelip mata.
Jangan hairan apabila suatu ketika nanti di usia tua kita, doktor yang merawat adalah dikalangan murid2 kita pada hari ini...:)


P/S: Keikhlasan dalam memberi nasihat serta bimbingan memerlukan kesabaran...12:41am..31/05/2010

0 comments: