Tuesday, December 30, 2008

Gembira & Geram...

Salam buat semua. Setelah agak lama menyepi aku kembali lagi mengisi ruang "Khabar Dari Miri". Satu berita gembira aku terima sejurus sebelum memandu pulang ke kampung untuk bercuti sempena Krismas. Terima kasih buat semua diatas doa kalian. Aku diterima untuk memasuki Maktab Perguruan Rajang yang terletak di Bintangor, Sarawak yang kebetulan 1 jam perjalanan dari rumah di Sibu. Syukur kepada Tuhan kerana telah menjawab doa2 ku selama ini...Pagi ini pula satu kejadian yang tidak disangka2 terjadi tetapi pekara ini pernah di suarakan tidak lama dulu ketika satu mesyuarat di jabatan ini. Seorang rakan ku telah ditikam dengan pisau dan ditumbuk sewaktu menjalankan tugas. Buat pengetahuan semua, kami yang bernaung di bawah Majlis Harga Barang Negara (Pegawai Pemantau Harga-PPH) dianggap bukan penjawat awam. Apa yang ingin disampaikan adalah apakah peruntukkan undang2 yang membolehkan kami dilindungi sewaktu menjalankan tugas.Bak kata seorang rakan, kerja kami seperti menyabung nyawa. Setiap pagi sebelum menjalankan tugas, kami berdoa agar dijauhkan kejadian2 yang tidak diingini berlaku.Perasaan geram melihat rakan diperlakukan sedemikian rupa menyebabkan kami berasa marah dan tidak kurang juga mematahkan semangat 2-3 orang rakan yang lain untuk berbakti di kementerian ini tapi kami redha kerana apa yang kami lakukan adalah untuk pengguna2 semua. Jadi, kepada yang beranggapan bahawa PPH tiada fungsinya harus membuka mata seluas-luasnya kerana kami tidak pernah mengabaikan tugasan yang diberi sungguhpun nyawa kami terancam..Apa2 pun, kedua2 penyerang tersebut telah ditahan untuk disoal siasat.


P/S: Aku dapat maklumat yang Mijan posting ke Kapit & Nor Ain dapat kat Limbang, Sarawak. Selamat datang untuk menabur budi di Bumi Kenyalang diucapkan buat semua sahabat yang jadik cikgu. Bak kata pepatah.."Tak Kenal Maka Tak Cinta"...

Thursday, December 18, 2008

Minggu2 terakhir 2008...

Dah dekat 1 bulan tak update blog ni. Sejak nak tahun baru ni kat pejabat semuanya sibuk. Nak kena siapkan benda ni, benda tu & macam2 lagi...tapi yang syoknya hari ni hari gaji!!! Boleh wat belanja nak Krismas..Hehehe..Daripada tu, tinggal 13 hari lagi dah nak masuk tahun 2009. Sedar tak sedar dah hampir 9 bulan aku keje kat sini...Macam2 benda yang aku belajar. Minggu lepas masa YM kat umah tak sangka2 Ajan Supida (pensyarah Thai) ada skali on9. Dia dah ada baby pompuan nama Sumaya. Dia kim salam kat semua yang penah kenal terutama geng2 yang amik kelas bahasa Thai. Azam baru nak buat yang lagi baik daripada tahun2 yang sudah, jadi lebih bertanggungjawab & nak tambah lagi kawan2 dan kenalan baru. Buat semua sahabat2, kawan2, dan rakan taulan yang lain "Selamat Tahun Baru 2009" diucapkan... Minggu depan nak balik kampung dan berhari Krismas ngan family...Moga tahun baru yang akan datang membawa lebih makna dan kesejahteraan buat kita semua.


P/S: Semalam John ada kirim sms cakap dia kuar hospital hari ni. Dah ok sikit katanya & boleh jalan guna tongkat. Sama2 kita berdoa agar sahabat kita ni sembuh cepat2..