Dah dekat 1 bulan tak update blog ni. Sejak nak tahun baru ni kat pejabat semuanya sibuk. Nak kena siapkan benda ni, benda tu & macam2 lagi...tapi yang syoknya hari ni hari gaji!!! Boleh wat belanja nak Krismas..Hehehe..Daripada tu, tinggal 13 hari lagi dah nak masuk tahun 2009. Sedar tak sedar dah hampir 9 bulan aku keje kat sini...Macam2 benda yang aku belajar. Minggu lepas masa YM kat umah tak sangka2 Ajan Supida (pensyarah Thai) ada skali on9. Dia dah ada baby pompuan nama Sumaya. Dia kim salam kat semua yang penah kenal terutama geng2 yang amik kelas bahasa Thai. Azam baru nak buat yang lagi baik daripada tahun2 yang sudah, jadi lebih bertanggungjawab & nak tambah lagi kawan2 dan kenalan baru. Buat semua sahabat2, kawan2, dan rakan taulan yang lain "Selamat Tahun Baru 2009" diucapkan... Minggu depan nak balik kampung dan berhari Krismas ngan family...Moga tahun baru yang akan datang membawa lebih makna dan kesejahteraan buat kita semua.
P/S: Semalam John ada kirim sms cakap dia kuar hospital hari ni. Dah ok sikit katanya & boleh jalan guna tongkat. Sama2 kita berdoa agar sahabat kita ni sembuh cepat2..
Thursday, December 18, 2008
Minggu2 terakhir 2008...
Posted by Roland Robert Imbang at 2:54 PM 2 comments
Labels: Kenanganku, Maklumat buat semua, UiTM
Monday, November 24, 2008
Pasrah...
Salam sejahtera,
Buat semua sahabat dan blogger yang sudi menjenguk, tolong lah mana2 yang patut. Setiap kali nak masuk blog mesti ada benda "Violation" tu keluar. Dah request unlocked code pun masih ada jugak benda tu. Kalau2 blog saya kena "blocked" dan tak boleh nak masuk, ampun dan maaf dipohon.
14.47 hrs (24/11/2008)...
Posted by Roland Robert Imbang at 2:43 PM 2 comments
Labels: Maklumat buat semua
Monday, November 10, 2008
Harga Minyak vs Harga Barang
Salam sejahtera buat semua...Sejak berkhidmat ngan MHBN (Majlis Harga Barang Negara) cawangan Miri ni aku jadi agak kedekut. Bukan kedekut nak kongsi ilmu ngan teman2 tapi kedekut masa nak belanje duit. Bukan apa, harga barang naik sebab harga minyak naik. Sekarang harga minyak dah turun tapi harga masih lagi tak turun2..Dah lumrah kot, kalu dah naik tak reti nak turun2..Aku nak kongsi satu cer (cerita bak kata sahabat aku Opel)..Benda ni betul2 berlaku kat salah satu kawasan pemantauan tempat aku keja..Batu Niah (Sarawak). Masa harga beras mula2 naik melambung, pengguna jadi panik. Ada yang siap bukak gedung beras simpanan kat umah..Peniaga apa lagi, naik kepala la..Tapi penduduk Niah ni bijak!!! Kenapa? Dia orang sanggup tunggu keluaran beras nasional yang berharga RM17-RM18 tu..Di sebabkan ini, peniaga kat kawasan tu terpaksa menjual beras dengan harga yang agak berpatutan...Haaa!!! Tau nak kenakan pengguna tapi dikenakan balik plak oleh pengguna bijak!!! Pastu aku nak kongsi ngan rakan2 semua satu formula yang boleh diguna pakai masa nak order minuman. Ada bran (berani, ni pun Opel yang ajaq) ka? Cuba tanya tukang bancuh air tu nape harga mesti sampai RM1.70 untuk segelas Teh O' Ais..Bahan asas nak wat air (Teh (kalau yang uncang boleh recycle sampai 2-3 kali)+gula (diwartakan oleh kerajaan dan takan boleh naik melambung+Ais(ni buat sendiri)+air(tarif air mahal sangat ke?)= Teh O' Ais..Pengguna2 semua bijak2, jadi tak salah nak tanya melainkan anda semua memang sedia nak bayar lebih dari apa yang patut...Hehehehe..Renung2 kan lah...
Posted by Roland Robert Imbang at 1:00 PM 0 comments
Labels: Maklumat buat semua
