Thursday, December 31, 2009

Semalam...Hari Ini..& Esok...

Salam buat semua....

Rindu rasanya setelah lama tidak mencoret di ruangan blog ini. Esok merupakan tahun baru (2010) dimana tahun 2009 bakal kita tinggalkan. Pelbagai yang telah aku lalui hinggakan kadangkala aku terasa seakan-akam masa berlalu begitu pantas. Terima kasih buat semua yang telah hadir dalam hidupku sepanjang 30 tahun ini. Salam 2010 buat semua yang mengenali dan semoga kita memperolehi kejayaan dan kekal sihat seperti tahun2 lepas dimana kita mampu menjalankan tugas kita demi keluarga, adik-beradik, saudara mara serta rakan taulan. Jika ada tersilap kata terkasar bahasa, disini saya menyusun sepuluh jari memohon kemaafan. Moga kita lebih dirahmati dan dijauhkan dari malapetaka di tahun yang bakal datang esok. Selepas ini :Khabar Dari IPGM Kampus Rajang" akan bertukar nama namun wajah disebaliknya tetap sama...tetap setia kepada rakan taulan yang lama.Renungkan segala yang salah dan silap di tahun 2009 ini dan jadikan ia sebagai pendorong buat kita untuk berbuat betul dan lebih baik buat sebelumnya...


P/S:
SALAM 2010 BUAT SEMUA...

Tuesday, October 27, 2009

Liverpool 2-Man.Utd 0

Salam buat semua,

Semalam sekali lagi juara Liga Perdana Inggeris (Man.Utd) dikalahkan oleh pasukan Liverpool hasil jaringan Torres & Ngog. Banyak sekali pendapat yang diterima sewaktu perlawanan sedang berlangsung.Ada yang mengatakan pengadil berat sebelah.Mungkinkah itu benar atau pasukan bimbingan Sir Alex Ferguson telah ketandusan idea untuk mempertahankan gelaran? Walaupun masih banyak perlawanan yang akan dilalui, pastinya malam semalam merupakan satu tamparan hebat buat Ferguson. Setelah melalui 11 perlawanan tanpa kalah, perlawanan semalam pastinya membuka mata beliau untuk mencongak lebih banyak strategi untuk perlawanan akan datang. Bagi Benitez pula, kemenangan menentang pasukan "The Red Devil" pasti melegakannya kerana beliau mungkin terselamat dan boleh berada lebih lama untuk berbakti bersama Liverpool. Tahniah buat Benitez & dan buat Sir Alex pula ini merupakan detik perlawanan yang menjadikannya pengurus paling berjaya dalam sejarah bolasepak England kerana beliau akan sentiasa bangkit untuk memimpin pasukan "The Red Devil"...


P/S: Adakah keputusan sama akan terjadi di Old Trafford? Nantikan...

Tuesday, October 6, 2009

Terima kasih warga SK PENGHULU IMBAN, SELANGAU

Salam buat semua,

Sedar tak sedar dah berlalu 3 bulan yang diperuntukkan untuk menjalani latihan praktikum. SK Penghulu Imban, Selangau akan tetap terpahat di hatiku kerana segala kisah perjalanan sebagai seorang guru bermula di sini. Pada hari pertama aku dan rakanku menjejakkan kaki ke situ untuk mendaftar aku dapat merasakan satu perasaan dimana aku bakal menyesuaikan diri dengan sekolah ini dan warganya dengan begitu pantas. Memang benar kata pepatah, tak kenal maka tak cinta...Sepanjang 3 bulan berada di sekolah ini, banyak sekali yang aku pelajari. Pahit, manis, masam & masin pun ada..:). Jika ditakdirkan aku kembali ke sekolah ini untuk berbakti di masa hadapan, pasti aku tak akan ragu2 untuk menyumbangkan bakti.

Terima kasih yang tidak terhingga buat pihak pengurusan sekolah terutama Guru Besar SKPI, En. Andrew Sirai Benang serta barisan penolong2 kanan iaitu Penolong Kanan 1, Pn. Husun Igang, Penolong Kanan Kokurikulum, Pn. Cecelia Jarah Kamat dan Penolong Kanan HEM, En. Desmond Pengabang. Tidak lupa juga buat En. Abdul Razak Bin Nona selaku guru pembimbing yang telah membimbing dengan penuh dedikasi sepanjang 3 bulan dan juga buat En. Buyu Anak Manggai kerana telah memberikan ruang di rumah beliau buat saya dan rakan berteduh sepanjang tempoh tersebut.

Juga buat semua guru2 lain yang telah membantu dan membimbing saya secara tidak langsung, jutaan terima kasih diucapkan. Semoga kalian beroleh kejayaan dan lebih cemerlang di masa hadapan. Akhir sekali, buat anak2 didik semua diucapkan selamat belajar dan sukses selalu hendaknya.


"TERIMA KASIH WARGA SK PENGHULU IMBAN, SELANGAU"

Tuesday, September 15, 2009

Selamat Hari Raya Aidilfitri...

Salam buat semua,

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin diucapkan buat semua rakan taulan yang beragama Islam. Moga2 Aidilfitri yang akan menjelang nanti memberikan seribu sinar dan harapan baru buat semua. Saya ingin menyusun sepuluh jari memohon maaf jika terdapat salah dan silap semasa berkenalan dan bersama rakan taulan dulu. Mcm lagu Tan Sri P.Ramlee..."Buang yang keruh, ambil yang jernih..."

Salam Aidilfitri buat semua...

Thursday, July 9, 2009

Reunion...


Setelah lebih 2 tahun tak jumpa kami dipertemukan di pesta KAGUM yang berlangsung di Sekolah Sukan Bandar Penawar, Johor. Memang best la boleh jumpa kawan2 lama. Ni aku, Tracy ngan Wak.





P/S: Bila la boleh wat reunion ngan kengkawan SR221 (2004-2006). Tiger ngan Opel tolong la rancang sesuatu..:)

I'll be there for you

So no one told you life was gonna be this way
Your job's a joke, you're broke, your lovelife's D.O.A.
It's like you're always stuck in second gear
When it hasn't been your day, your week, your month, or even your year

But I'll be there for you (when the rain starts to pour)
I'll be there for you (like I've been there before)
I'll be there for you (Cause you're there for me too)

You're still in bed at ten, and work began at eight
You've burned your breakfast, so far, things are goin' great
Your mother warned you there'd be days like these
But she didn't tell you when the world has brought you down to your knees

That I'll be there for you (when the rain starts to pour)
I'll be there for you (like I've been there before)
I'll be there for you (Cause you're there for me too)

No one could ever know me
No one could ever see me
Seems you're the only one who knows, what it's like to be me
Someone to face the day with
Make it through all the rest with
Someone I'll always laugh with
Even at my worst I'm best with you

It's like you're always stuck in second gear
When it hasn't been your day, your week, your month, or even your year

I'll be there for you (when the rain starts to pour)
I'll be there for you (like I've been there before)
I'll be there for you (Cause you're there for me too)
I'll be there for you
I'll be there for you
I'll be there for you (Cause you're there for me too)

Dulu, kini dan selamanya


Salam buat semua,

QSE2594 dah sebati dengan jiwaku. Dah lebih 10 tahun rasanya dah berkhidmat untuk kami sekeluarga. Buat aku pulak, ni la satu2 nya "kaki" aku sepanjang menuntut di Shah Alam. Hadiah ayah kepada abang tapi skang dah berpindah milik kepada aku. So, dah jadik "bini" aku rasanya plak. Bulan lepas ayah menyatakan hasrat menyuruh aku jual moto ni dan amik moto baru. Katanya kalu dah jadi cikgu esok lebih baik bawak moto baru. Sedih jugak bila ayah menyatakan sedemikian. Balik hujung minggu ni ingat nak pujuk ayah supaya simpan moto ni. Biar wat "tukun" kat umah pun takpe janji ada dalam simpanan. Jasanya dah terlampau banyak, takleh nak ceritakan.






WFF2876 pulak moto ni abang yang punya tapi pernah berkhidmat untuk aku. Dari Miri ke Sibu dah banyak kali aku naik moto ni sampaikan baring kat atas jalan pun pernah ngan moto ni. Skang moto ni tengah "terbengkalai" kat umah abang aku kat Miri nu. Tengokla, kalu ada rezeki hujung tahun ni nak repair balik. Sayang gak tengok moto ni sebab jasanya pun tak kurang banyak kat aku. Harap2 kalu aku dah ada rezeki esok lusa, nak beli keta tapi dua2 moto ni masih ada lagi bersamaku. Wat kengkawan sume, sayangi lah apa yang kita ada sekarang kerana tanpa ada yang lama yang baru takkan ada punye...:)

Monday, June 29, 2009

SK Penghulu Imban, Selangau

Salam buat semua,

Dah agak lama aku menyepi. Bukan kerana marah tapi segalanya mengejar masa. Aku sekarang berada di sebuah sekolah rendah untuk menjalani latihan praktikum selama 3 bulan (22 Jun-18 September 2009). Harap2 apa yang aku perolehi disini akan menjadi suatu pengalaman yang mendewasakan aku dari sudut mengajar anak bangsaku.

SK Penghulu Imban, Selangau

Inilah hakikatnya dunia pendidikan. Tiada yang sempurna cuma bagaimana kita menyesuaikan diri dengan keadaan. Aku amat bertuah kerana sepanjang 6 tahun menuntut di ipt, penyesuaian diri dengan keadaan telah diterapkan tidak kira sewaktu kuliah mahupun pendidikan luar. Sekarang aku sedang "menyibukkan" diri untuk segala persiapan untuk mengajar bagi tempoh 3 bulan ini. Jika terdapat kelapangan aku pasti akan ke "KHABAR DARI IPGM KAMPUS RAJANG" untuk berkongsi cerita.


P/S: Teringat akan seorang sahabat sewaktu di ipt dulu, seorang perempuan. Dia terlebih dulu menjadi guru dan telah ditempatkan ke Kapit, Sarawak. Setelah 4 hari berada di Bumi Kenyalang, dia kembali ke Semenanjung. Di tanya kenapa balik, alasannya dia takut dirogol kerana katanya dia satu2 guru wanita di sekolah itu....:). Teruk sangatkah budaya kami disini...?Persoalannya, adakah dia calon guru yang sesuai dan bukankah dia telah melanggar perjanjian penempatan? Fikir2 kan... ( Bukan mengata hanya menyatakan kebenaran sahaja)

Saturday, May 9, 2009

Selamat Hari Ibu!!!

Salam buat semua,

Selamat Hari Ibu buat semua rakan2 yang bergelar IBU dan buat sahabat yang masih mempunyai IBU. Buat teman yang IBU nya telah tiada ingin sekali aku berkongsi IBU ku buat semua. IBU merupakan seorang sahabat buatku sejak lahir. Makan minum ku semuanya disediakan. Pakaian & wang saku juga disediakan segalanya untuk anaknya. Aku pernah menyakiti hati IBU ku, segalanya angkara sifat degilku. Pengalaman berjauhan selama 7 tahun menuntut di IPT mendewasakan aku akan pentingnya kasih sayang seorang ibu. Sewaktu susah & senangku menuntut, IBU merupakan idolaku. Aku masih ingat akan pesan IBU setiap kali sebelum bertolak ke Selangor. "Soal perbelanjaan untuk belajar tidak payah dihiraukan. Ibu akan sentiasa mengadakannya"katanya...Sekarang aku sudah berada di landasan yang betul untuk membalas jasa nya. Buat IBU, "SAYA SAYANG IBU"...dan tidak lupa juga buat ayah.Aku bangga menjadi anak kalian berdua.Semoga IBU & AYAH ku dilindungi sentiasa oleh NYA dan dipanjangkan umur.


P/S: Memang benar syurga itu dibawah tapak kaki IBU.

Kursus Asas Senamrobik

Salam buat semua,

Semalam & hari ini membawa seribu makna baru erti pembelajaran buat aku. Kursus Asas Senamrobik memberi satu pengalaman baru. Dari seorang "kayu" aku mampu menunjukkan beberapa langkah "bergaya" dalam senamrobik. Walaupun 2 hari diperuntukkan buat kami untuk memahami senamrobik tetapi ia mampu merubah persepsi kami dan lebih lagi diriku sendiri. Persiapan untuk menjalani praktikum bulan Jun nanti sudah hampir 90%. Pastinya aku mampu tersenyum jika pada waktu itu nanti aku disuruh untuk mengadakan senamrobik untuk anak2 bangsaku yang dahagakan satu pembelajaran baru. Terima kasih buat yang terlibat menjayakan kursus tersebut dan diucapkan selamat berjuang buat rakan2 sepelatih.

Wednesday, March 25, 2009

3 hari yang penuh pengajaran...

Salam buat semua,

3 daripada 10 hari yang diwajibkan untuk menjalani Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) telah pun aku lalui. BELAJAR, merupakan satu kata keramat yang sentiasa terngiang-ngiang di kepalaku. Hari pertama melaporkan diri di sebuah sekolah rendah berhampiran rumah ku, aku telah menerima satu "tamparan" yang terkena tepat di pipiku. Tiga orang guru pelatih termasuk aku diberi taklimat oleh guru besar sekolah tersebut. Kata pertama yang keluar dari mulut beliau adalah" Saya tidak suka guru KPLI!!! Semuanya CELUP!!!" Apakah maksudnya? Adakah graduan lepasan ijazah tidak berilmu? Hina sangatkah kami berbanding bakal guru lepasan tingkatan 5 yang menjalani kursus perguruan 5 1/2 tahun? Ya, memang kami dicelup selama setahun tapi adilkah kami diperlakukan sedemikian? "Kita patut "belasah" guru KPLI cukup2!!!" tambah beliau lagi. Muka ku merah padam..Apa yang pasti GB tersebut tidak sedar akan statusku sebagai satu2 nya calon guru pelatih KPLI yang menjalani PBS di sekolah tersebut. Biar lah, apa yang pasti aku harus melalui 7 hari yang akan mendatang. Mungkin pengalaman lampau yang menyebabkan GB tersebut berkata demikian. Semalam dan pagi tadi aku telah "dibenarkan" untuk mengajar meskipun belum mendapat "lesen" daripada pihak kementerian. Jikalau tak silap, adalah merupakan satu kesalahan membenarkan guru pelatih mengajar sewaktu PBS (ketika praktikum baru kami layak untuk mengajar) dilangsungkan. Kalau nak buat naya boleh sajer aku buat laporan kat institut dan memang sah2 la GB ni kena tindakan. Esok aku kena buat sesuatu, jumpa GB dan sampaikan apa yang sepatutnya. Kami dibenarkan untuk masuk ke kelas untuk melihat dan mendapatkan pengalaman mengajar daripada guru pembimbing dan bukan nya mengajar. 3 hari yang aku lalui ini digunakan untuk BELAJAR bersabar, menilai dan menegakkan kebenaran.


P/S: Proses BELAJAR merupakan suatu proses yang tidak ada penghujungnya melainkan kita meninggalkan muka bumi ini. BELAJAR lah seberapa banyak pekara kerana setiap hari pasti ada saja benda baru untuk kita ketahui.

Friday, February 20, 2009

Pesta Ang Pow Peringkat IPGM Kampus Rajang

KPLI PJ 2009

Pada malam Rabu lepas, kampus telah menjalankan sambutan pesta Ang Pow. Malam tersebut bermacam persembahan yang dilakukan. Ada tarian singa, persembahan nyanyian, lakonan dan macam2 lagi. Kami mewakili KPLI Pendidikan Jasmani pula mempersembahkan Senamrobik 12 Zodiak. Bunyi mcm "grand" tapi itu lah kenyataan....:) Walaupun masa yang diperuntukkan untuk berlatih kurang dari seminggu tetapi kami telah melakukan yang terbaik. Pensyarah pembimbing berpuashati dengan persembahan kami. Ini baru program pertama kami, selepas ini bakal menyusul lebih banyak program untuk dijayakan.

Segalanya mengejar masa

Salam sejahtera....

Sudah 1 bulan 8 hari aku berada di IPGM Kampus Rajang ini. Semuanya mengejar masa. Dari awal pagi kuliah bermula seawal 7.30 pagi hingga 6.30 ptg melainkan Rabu dan Jumaat. Pembentangan sudah ada yang telah siap dibentang dan masih ada yang bakal menyusul. Yang penting sekarang aku dah siapkan hampir semua tugasan dan pembentangan. Minggu depan akan ada kursus Kejurulatihan Hoki Indoor tahap I. Minggu berikutnya akan ada kursus BIG (Bina Insan Guru) selama 4 hari 3 malam. Balik dari BIG menyusul pula simulasi Pendidikan Luar sebelum cuti semester bermula. Tamat cuti semester akan ada pula PBS (Pengalaman Berasaskan Sekolah). Apa yang dapat disimpulkan di sini adalah semuanya serba sibuk dan masa mencemburui kami sepanjang masa berada di sini.

Sunday, January 25, 2009

Bermulanya Satu Perjalanan

Salam buat semua...

Dah 2 minggu aku tak mencoret di blog ini. Buat makluman semua aku sekarang berada di IPR yang terletak di Bintangor, jadi skang aku akan sampaikan berita yang sewaktu ngan Bintangor dan bukannya di Miri seperti dulu. Minggu Pengurusan Pelajar Baharu 2009 untuk guru2 pelatih aku lalui dengan hati yang tenang. Kuliah dah pun bermula dan tugasan pun dah melambak. Cuma ada kurang 4 bulan nak menuntut ilmu jadik cikgu ni. Skang aku tengah dalam proses "mengecilkan"badan...Hehehehe...Aku amik jadik guru Pendidikan Jasmani so kena la jaga badan. Buat teman2 & rakan taulan akan ku kirimkan berita sepanjang tahun ni yang mana berkaitan ngan aktiviti kat IPR nanti...Semoga jumpa lagi di hari2 yang akan datang..

P/S: Dengar2 dalam bulan Mac adala wireless kat asrama guru pelatih. Nanti boleh la kirim2 kan berita2 & xtvt2 kat sana..

Tuesday, January 6, 2009

281 hari bersama PPH (1/4/2008-6/1/2009

Salam buat semua,

Hari ini adalah hari terakhir buat aku bertugas sebagai Pegawai Pemantau Harga (PPH) bahagian Miri, Sarawak. Hujan yang turun lebat sejak pagi tadi seolah-olah menceritakan betapa beratnya hatiku untuk meninggalkan kementerian ini. Takdir telah menentukan aku bakal menjadi guru. Belum sempat untuk naik ke pejabat, aku terus menuju ke kedai kopi yang terletak di hadapan bangunan pejabat untuk minum pagi bersama rakan sepejabat. Aku turut serta menyertai operasi memantau yang terakhir buatku sebagai PPH. Destinasi kami adalah Bekenu yang terletak kira2 setengah jam perjalanan menaiki kereta. Aku ditemani oleh 2 orang rakan sekerja wanita (Lenny & Merina). Belum sampai 5 minit perjalanan, Lenny mula membuka mulutnya. "Deng, sori benar2 auk"..begitulah ucapan yang pertama keluar dari mulutnya. Aku bertanya kenapa dan dia cuma menjawab dengan jawapan yang kurang jelas..Aku terdiam. Adakah Lenny bersalah padaku? Apakah kesalahannya sampai meminta maaf sebegini...aku biarkan saja. Setelah selesai memantau kami kembali ke Miri. Perjalanan balik diselang-selikan dengan riak tawa kami bertiga. Aku pasti akan rindukan saat ini nanti. Setelah sampai di Miri aku, Wellson, Merina & Ervinna makan tengahari bersama. Dari pada situ barulah aku faham apa yang dikatakan oleh Lenny sebentar tadi. Buat kedua-duanya, nasihatku eloklah dibawa berbincang perkara yang telah terjadi. Tiada gunanya bermasam muka serta bermusuhan. Perselisihan kata diantara rakan2 sebenarnya mampu mengeratkan silaturrahim sesama kita. Aku ucapkan kalian semua berbahagia & bertemu kerjaya yang akan membolehkan kalian berjaya di kemudian hari...PPDNHEP Miri (PPH) 1/4/2008-6/1/2009...


P/S: Petang nanti aku ingat nak wat perjumpaan terakhir ngan geng2 PPH Miri, itu pun jikalau dia orang sumer ada kat pejabat. Mungkin lepas ni aku akan lama tak menjenguk "Khabar Dari Miri" kerana aku akan berpindah balik ke Sibu dan akan menuntut ilmu perguruan selama 1 tahun. Jikalau ada kesempatan akan ku coretkan segala cerita duniaku buat kalian semua. Terima kasih semua...(Kat umah aku di Sibu takde wireless percuma!!!...:)

Friday, January 2, 2009

Warkah Tahun Baru

Salam tahun baru buat semua...

Baru 2 hari memasuki tahun 2009 dan kalau dibuat perkiraan hanya kurang seminggu atau lebih tepat 5 hari lagi untk aku menabur bakti di kementerian ini. Rezeki yang datang di penghujung 2008 membuka lembaran baru buat aku di tahun 2009 ini.... 12 Januari satu tarikh keramat yang bakal menjadi satu perjalanan baru buat aku mencipta kerjaya sebagai seorang pendidik. Jika diizinkan Tuhan, lebih kurang setahun dari sekarang aku bakal menjadi seorang guru. Segala pengalaman pahit manis di kementerian ini yang aku timba selama 8 bulan lebih akan ku bawa bersama. Rakan2, sahabat dan teman sekerja aku bakal tinggalkan demi sebuah masa depan. Aku akui segala perselisihan faham yang berlaku diantara teman2 sepejabat mengeratkan lagi pergaulan diantara kami. Selasa depan bakal menjadi mesyuarat terakhir yang bakal aku kelolakan selaku ketua PPH Miri. Aku masih ingat betapa sukarnya untuk menerima tanggungjawab yang diberi untuk dipikul tetapi teman2 menjadi tulang belakang buat aku. Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan buat semua. Aku pasti semua yang berlaku ada hikmahnya. Kawan2, teman2 sepejabat yang aku tinggalkan sekarang tidak bererti kalian akan ku lupakan kerana ruang dalam hati ini tetap ada buat kalian.

Pemandangan yang bakal aku rindui dari kamar Pejabat Perdagangan Dalam Negeri & Hal Ehwal Pengguna, Miri.


P/S: The journey begins as the legend continue...