Salam buat semua,
3 daripada 10 hari yang diwajibkan untuk menjalani Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) telah pun aku lalui. BELAJAR, merupakan satu kata keramat yang sentiasa terngiang-ngiang di kepalaku. Hari pertama melaporkan diri di sebuah sekolah rendah berhampiran rumah ku, aku telah menerima satu "tamparan" yang terkena tepat di pipiku. Tiga orang guru pelatih termasuk aku diberi taklimat oleh guru besar sekolah tersebut. Kata pertama yang keluar dari mulut beliau adalah" Saya tidak suka guru KPLI!!! Semuanya CELUP!!!" Apakah maksudnya? Adakah graduan lepasan ijazah tidak berilmu? Hina sangatkah kami berbanding bakal guru lepasan tingkatan 5 yang menjalani kursus perguruan 5 1/2 tahun? Ya, memang kami dicelup selama setahun tapi adilkah kami diperlakukan sedemikian? "Kita patut "belasah" guru KPLI cukup2!!!" tambah beliau lagi. Muka ku merah padam..Apa yang pasti GB tersebut tidak sedar akan statusku sebagai satu2 nya calon guru pelatih KPLI yang menjalani PBS di sekolah tersebut. Biar lah, apa yang pasti aku harus melalui 7 hari yang akan mendatang. Mungkin pengalaman lampau yang menyebabkan GB tersebut berkata demikian. Semalam dan pagi tadi aku telah "dibenarkan" untuk mengajar meskipun belum mendapat "lesen" daripada pihak kementerian. Jikalau tak silap, adalah merupakan satu kesalahan membenarkan guru pelatih mengajar sewaktu PBS (ketika praktikum baru kami layak untuk mengajar) dilangsungkan. Kalau nak buat naya boleh sajer aku buat laporan kat institut dan memang sah2 la GB ni kena tindakan. Esok aku kena buat sesuatu, jumpa GB dan sampaikan apa yang sepatutnya. Kami dibenarkan untuk masuk ke kelas untuk melihat dan mendapatkan pengalaman mengajar daripada guru pembimbing dan bukan nya mengajar. 3 hari yang aku lalui ini digunakan untuk BELAJAR bersabar, menilai dan menegakkan kebenaran.
P/S: Proses BELAJAR merupakan suatu proses yang tidak ada penghujungnya melainkan kita meninggalkan muka bumi ini. BELAJAR lah seberapa banyak pekara kerana setiap hari pasti ada saja benda baru untuk kita ketahui.
Wednesday, March 25, 2009
3 hari yang penuh pengajaran...
Posted by Roland Robert Imbang at 11:06 PM 8 comments
Labels: Aku dan Kerjaya, PBS, Pengalaman baru
Friday, February 20, 2009
Pesta Ang Pow Peringkat IPGM Kampus Rajang
Posted by Roland Robert Imbang at 12:34 PM 0 comments
Labels: IPGM Kampus Rajang, Pendidikan Jasmani, Sahabat
Segalanya mengejar masa
Salam sejahtera....
Sudah 1 bulan 8 hari aku berada di IPGM Kampus Rajang ini. Semuanya mengejar masa. Dari awal pagi kuliah bermula seawal 7.30 pagi hingga 6.30 ptg melainkan Rabu dan Jumaat. Pembentangan sudah ada yang telah siap dibentang dan masih ada yang bakal menyusul. Yang penting sekarang aku dah siapkan hampir semua tugasan dan pembentangan. Minggu depan akan ada kursus Kejurulatihan Hoki Indoor tahap I. Minggu berikutnya akan ada kursus BIG (Bina Insan Guru) selama 4 hari 3 malam. Balik dari BIG menyusul pula simulasi Pendidikan Luar sebelum cuti semester bermula. Tamat cuti semester akan ada pula PBS (Pengalaman Berasaskan Sekolah). Apa yang dapat disimpulkan di sini adalah semuanya serba sibuk dan masa mencemburui kami sepanjang masa berada di sini.
Posted by Roland Robert Imbang at 12:26 PM 1 comments
Labels: IPGM Kampus Rajang, Kehidupan seharian
Sunday, January 25, 2009
Bermulanya Satu Perjalanan
Salam buat semua...
Dah 2 minggu aku tak mencoret di blog ini. Buat makluman semua aku sekarang berada di IPR yang terletak di Bintangor, jadi skang aku akan sampaikan berita yang sewaktu ngan Bintangor dan bukannya di Miri seperti dulu. Minggu Pengurusan Pelajar Baharu 2009 untuk guru2 pelatih aku lalui dengan hati yang tenang. Kuliah dah pun bermula dan tugasan pun dah melambak. Cuma ada kurang 4 bulan nak menuntut ilmu jadik cikgu ni. Skang aku tengah dalam proses "mengecilkan"badan...Hehehehe...Aku amik jadik guru Pendidikan Jasmani so kena la jaga badan. Buat teman2 & rakan taulan akan ku kirimkan berita sepanjang tahun ni yang mana berkaitan ngan aktiviti kat IPR nanti...Semoga jumpa lagi di hari2 yang akan datang..
P/S: Dengar2 dalam bulan Mac adala wireless kat asrama guru pelatih. Nanti boleh la kirim2 kan berita2 & xtvt2 kat sana..
Posted by Roland Robert Imbang at 12:30 AM 2 comments
Labels: Aku dan Kerjaya, Pengalaman baru
Tuesday, January 6, 2009
281 hari bersama PPH (1/4/2008-6/1/2009
Salam buat semua,
Hari ini adalah hari terakhir buat aku bertugas sebagai Pegawai Pemantau Harga (PPH) bahagian Miri, Sarawak. Hujan yang turun lebat sejak pagi tadi seolah-olah menceritakan betapa beratnya hatiku untuk meninggalkan kementerian ini. Takdir telah menentukan aku bakal menjadi guru. Belum sempat untuk naik ke pejabat, aku terus menuju ke kedai kopi yang terletak di hadapan bangunan pejabat untuk minum pagi bersama rakan sepejabat. Aku turut serta menyertai operasi memantau yang terakhir buatku sebagai PPH. Destinasi kami adalah Bekenu yang terletak kira2 setengah jam perjalanan menaiki kereta. Aku ditemani oleh 2 orang rakan sekerja wanita (Lenny & Merina). Belum sampai 5 minit perjalanan, Lenny mula membuka mulutnya. "Deng, sori benar2 auk"..begitulah ucapan yang pertama keluar dari mulutnya. Aku bertanya kenapa dan dia cuma menjawab dengan jawapan yang kurang jelas..Aku terdiam. Adakah Lenny bersalah padaku? Apakah kesalahannya sampai meminta maaf sebegini...aku biarkan saja. Setelah selesai memantau kami kembali ke Miri. Perjalanan balik diselang-selikan dengan riak tawa kami bertiga. Aku pasti akan rindukan saat ini nanti. Setelah sampai di Miri aku, Wellson, Merina & Ervinna makan tengahari bersama. Dari pada situ barulah aku faham apa yang dikatakan oleh Lenny sebentar tadi. Buat kedua-duanya, nasihatku eloklah dibawa berbincang perkara yang telah terjadi. Tiada gunanya bermasam muka serta bermusuhan. Perselisihan kata diantara rakan2 sebenarnya mampu mengeratkan silaturrahim sesama kita. Aku ucapkan kalian semua berbahagia & bertemu kerjaya yang akan membolehkan kalian berjaya di kemudian hari...PPDNHEP Miri (PPH) 1/4/2008-6/1/2009...
P/S: Petang nanti aku ingat nak wat perjumpaan terakhir ngan geng2 PPH Miri, itu pun jikalau dia orang sumer ada kat pejabat. Mungkin lepas ni aku akan lama tak menjenguk "Khabar Dari Miri" kerana aku akan berpindah balik ke Sibu dan akan menuntut ilmu perguruan selama 1 tahun. Jikalau ada kesempatan akan ku coretkan segala cerita duniaku buat kalian semua. Terima kasih semua...(Kat umah aku di Sibu takde wireless percuma!!!...:)
Posted by Roland Robert Imbang at 2:23 PM 1 comments
Labels: Aku dan Kerjaya, Kenanganku, PPDNHEP Miri, PPH Miri
Friday, January 2, 2009
Warkah Tahun Baru
Salam tahun baru buat semua...
Baru 2 hari memasuki tahun 2009 dan kalau dibuat perkiraan hanya kurang seminggu atau lebih tepat 5 hari lagi untk aku menabur bakti di kementerian ini. Rezeki yang datang di penghujung 2008 membuka lembaran baru buat aku di tahun 2009 ini.... 12 Januari satu tarikh keramat yang bakal menjadi satu perjalanan baru buat aku mencipta kerjaya sebagai seorang pendidik. Jika diizinkan Tuhan, lebih kurang setahun dari sekarang aku bakal menjadi seorang guru. Segala pengalaman pahit manis di kementerian ini yang aku timba selama 8 bulan lebih akan ku bawa bersama. Rakan2, sahabat dan teman sekerja aku bakal tinggalkan demi sebuah masa depan. Aku akui segala perselisihan faham yang berlaku diantara teman2 sepejabat mengeratkan lagi pergaulan diantara kami. Selasa depan bakal menjadi mesyuarat terakhir yang bakal aku kelolakan selaku ketua PPH Miri. Aku masih ingat betapa sukarnya untuk menerima tanggungjawab yang diberi untuk dipikul tetapi teman2 menjadi tulang belakang buat aku. Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan buat semua. Aku pasti semua yang berlaku ada hikmahnya. Kawan2, teman2 sepejabat yang aku tinggalkan sekarang tidak bererti kalian akan ku lupakan kerana ruang dalam hati ini tetap ada buat kalian.
Pemandangan yang bakal aku rindui dari kamar Pejabat Perdagangan Dalam Negeri & Hal Ehwal Pengguna, Miri.
P/S: The journey begins as the legend continue...
Posted by Roland Robert Imbang at 10:55 AM 3 comments
Labels: Aku dan Kerjaya, Kenanganku, PPDNHEP Miri
Tuesday, December 30, 2008
Gembira & Geram...
Salam buat semua. Setelah agak lama menyepi aku kembali lagi mengisi ruang "Khabar Dari Miri". Satu berita gembira aku terima sejurus sebelum memandu pulang ke kampung untuk bercuti sempena Krismas. Terima kasih buat semua diatas doa kalian. Aku diterima untuk memasuki Maktab Perguruan Rajang yang terletak di Bintangor, Sarawak yang kebetulan 1 jam perjalanan dari rumah di Sibu. Syukur kepada Tuhan kerana telah menjawab doa2 ku selama ini...Pagi ini pula satu kejadian yang tidak disangka2 terjadi tetapi pekara ini pernah di suarakan tidak lama dulu ketika satu mesyuarat di jabatan ini. Seorang rakan ku telah ditikam dengan pisau dan ditumbuk sewaktu menjalankan tugas. Buat pengetahuan semua, kami yang bernaung di bawah Majlis Harga Barang Negara (Pegawai Pemantau Harga-PPH) dianggap bukan penjawat awam. Apa yang ingin disampaikan adalah apakah peruntukkan undang2 yang membolehkan kami dilindungi sewaktu menjalankan tugas.Bak kata seorang rakan, kerja kami seperti menyabung nyawa. Setiap pagi sebelum menjalankan tugas, kami berdoa agar dijauhkan kejadian2 yang tidak diingini berlaku.Perasaan geram melihat rakan diperlakukan sedemikian rupa menyebabkan kami berasa marah dan tidak kurang juga mematahkan semangat 2-3 orang rakan yang lain untuk berbakti di kementerian ini tapi kami redha kerana apa yang kami lakukan adalah untuk pengguna2 semua. Jadi, kepada yang beranggapan bahawa PPH tiada fungsinya harus membuka mata seluas-luasnya kerana kami tidak pernah mengabaikan tugasan yang diberi sungguhpun nyawa kami terancam..Apa2 pun, kedua2 penyerang tersebut telah ditahan untuk disoal siasat.
P/S: Aku dapat maklumat yang Mijan posting ke Kapit & Nor Ain dapat kat Limbang, Sarawak. Selamat datang untuk menabur budi di Bumi Kenyalang diucapkan buat semua sahabat yang jadik cikgu. Bak kata pepatah.."Tak Kenal Maka Tak Cinta"...
Posted by Roland Robert Imbang at 4:18 PM 0 comments
Labels: Keadilan, Kerjaya, Ragam manusia
