Friday, November 28, 2008

Cubaan dan dugaan...

Salam...

Tengahari tadi aku makan lambat skit walaupun hari ni Jumaat yang mana penjawat awam akan keluar pada pukul 11.45am. Masa aku nak menyeberang jalan yang tengah sesak tiba2 datang sorang pemuda dan menerpa ke arah aku. "Bos!!! Ada duit ka? Mau pinjam buat tambang balik..Anak saya sakit tenat"...Itu lah kata2 yang keluar dari mulut pemuda ini tadi. Aku yang berada dalam keadaan terkejut cuba menjarakkan diri. Rasa kasihan pun ada, rasa takut menebal 2 kali ganda. Secara selamba aku menjawab.."Mintak sama itu polis la kawan"...sambil aku menunjukkan kepada seorang anggota polis yang sedang berkawal di bilik pengawal IPPD Miri yang kebetulan berada di depan bangunan pejabat tempat aku bertugas. Anggota polis tersebut, yang kebetulan merupakan abang kepada salah seorang sahabatku menggelengkan kepala tanda tidak membenarkan aku melayan karenah pemuda tadi dan menunjukkan isyarat agar aku beredar cepat dari situ. Pemuda tadi terus berlari meninggalkan aku dan anggota polis tadi. Kemudian dia menceritakan sesuatu yang menakutkan aku. Di tangan lelaki tadi terdapat sebilah pisau kecil yang aku sama sekali tidak sedar akan kewujudannya. Rupa-rupanya lelaki tadi berniat "mengepow" aku!!! Lutut aku jadi lemah. Niat nak makan tengahari dah tak ada. Aku segera kembali ke pejabat dan makan la biskut yang ada kat dalam pantry. Tiada ku sangka petang Jumaat tadi bakal meninggalkan satu kesan kepada diriku.



P/S: Teringat aku masa amik diploma kat S.Alam. Aku penah nak kena "pow" kat PKNS. Nasib baik ada sahabat aku Kallang Buda & Rawing Sirai yang pantas bertindak membalun mamat yang cuba "mengepow" aku. Teruk sorang daripada 3 orang penyangak tu kena. Kalau tidak entah la apa yang akan berlaku.Banyak lagi kelemahan dalam diri ini yang perlu diperbaiki...

3 comments:

A.K.u.O.w.E.P.e.L said...

Cilakak itu olang...
berani dia mau pow sama saya punya taiko ka..
mau mati ka?
hehehe...
land, dia nk pow hang ke dia nk mintak hang belanja kueh pau..
hehehe..

deedaa.jijah.linda said...

sian ko roland..tuhan masih sayangkan kau...so amik lah ikhtibar k....taking care my frend...aku jijah

Roland Robert Imbang said...

Entah la O..Aku ingat badan punya la ketul mcm ni takan kena pau...