Pagi ni aku datang awal ke tempat keja. Kul 7 a.m aku dah terpacak kat kerusi dalam opis ni. Cuaca nampak cerah hari ni selepas hujan semalaman. Petang semalam, macam biasa lepas balik keja aku akan pegi swimming kat kolam renang awam yang tak jauh dari sini. Di sebabkan hari hujan renyai ketika nak balik keja, aku dan rakan sepejabatku (Johnny) pegi la jalan2 kat satu pusat membeli belah yang kebetulan kita orang selalu lalu kalau nak g swimming. Sampai kat dalam tu, adalah dalam 10 minit tiba2 kedengaran loceng kecemasan dibunyikan. Aku dan memberku terus turun ke tingkat bawah bangunan tersebut untuk menyelamatkan diri. Sambil berlari tu sempat gak aku tengok orang yang kurang prihatin dok tengok aku ngan member kau yang tengah berlari tadi. Sempat gak aku tanya sorang awek Cina kat kedai jual tepon.."Eh Amoi, apa pasal tak lari?"..."Owh, itu fired rill maa"...jawab Amoi tadi. Aiks? Takkan fire drill pun wat bodo jer? Takkan nak tunggu terbakar betul2 baru nak terhegeh-hegeh menyelamatkan diri. Pastu aku ngan member aku kuar, berkumpul kat padang letak kereta. Rupa2 nya bangunan tersebut memang sedang terbakar. Aku tengok bala2 pakcik & abang sekuriti bertungkus lumus menjalankan tugas nak suruh orang ramai keluar dengan selamat. Ada jugak manusia yang tak sayangkan nyawa kat dalam dunia ni rupa2 nya. Ada peluang menyelamatkan diri tapi wat2 banggang atau memang banggang. Nasib baik bomba sampai cepat dan dapat padamkan api, kalau tak memang dah hangus rentung la manusia2 ni tadi.
P/S: Teringat masa jadi guru sandaran tidak berapa lama dulu. Masa tu kita orang buat fire drill kat sekolah asrama. Budak2 boleh santai2 lagi nak kuar dari asrama. Ada yang siap boleh pakai baju sekolah, ada yang bawak bantal dan yang siap pakai minyak wangi pun ada!!! Apa punya tuuur...
Friday, November 21, 2008
Ishk...Ishk...Ishk...
Posted by Roland Robert Imbang at 7:29 AM
Labels: Ragam manusia, SMKUB
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment