Thursday, November 13, 2008

Tekanan kerja yang melampau???

Salam sejahtera buat semua...Dah masuk 8 bulan aku bekerja dengan kementerian dan selama itu lah aku mendengar pelbagai rungutan daripada rakan2 sepejabat..Ada yang kata macam ni, ada pulak yang kata macam tu..Pada asasnya itu adalah RUNGUTAN...Ada sorang teman ni, alih2 mengadu tekanan kerja yang melampau..Kena buat inilah, itulah dan macam2 lagi. Pada pengamatan aku takde plak kerjanya melampau2 seperti yang di war2 kan. Datang kat opis dekat kul 8am walaupun sepatutnye teman ni kene masuk kul 7.30am. Pastu dalam kul 9.30am dah kuar minum pagi. Dalam kul 11.30am bru sambung keje balik..Kita orang lunch dalam kul 1pm, tetapi batang hidung teman ni dalam kul 12.30pm dah tak nampak dah..Makan punya makan, kul 2pm dah kene sambung keja..Teman ni tadi dah masuk awal, seawal 1.45pm. Tapi bukan wat keje tapi gi pukul..Pukul bola ping-pong kat dalam bilih rehat nu..Pukul punya pukul dah dekat waktu balik iaitu kul 4.30pm..Hai...Banyak sangat ke tekanan yang ada kat kepala teman ni...Begitu lah rutin si teman ni tadi sampai skang ni..Ditegur katanya "Aku tau la buat keja aku!!!" Hai2...Sebagai kawan aku tegur lagi wat kali kedua..Jawapan yang sama aku terima. Sampai skang aku terima dengan seadanya tebiat teman aku ni...Tapi satu benda yang aku nak kongsi kat semua..Kalau dah banyak sangat tekanan tu dan rasa takpat nak tahan, baik berhenti keje sebab ramai lagi kawan2, rakan2 graduan aku kat luar sane takde keje a.k.a tengah menganggur yang nak kan tekanan keje korang yang taknak keje..(Bukan marah ni tapi cuma meluahkan rasa hati)...:)


P/S: Bersyukurlah sekiranya kita tertekan kerana ada kerja yang perlu difikirkan dan dilakukan kerana tekanan yang dilalui oleh sahabat2 kita yang belum bekerja melebihi daripada apa yang kita rasa sekarang ni...Memetik ungkapan seorang sahabat; "Besar sangat ke batu atas kepala dia itu bos sampai dia rasa tertekan buat keja"...

1 comments:

wegreentheearth said...

ketuk je kpala dia land...
bengong sgt..
tau mengulo jer...