Friday, November 28, 2008

Cubaan dan dugaan...

Salam...

Tengahari tadi aku makan lambat skit walaupun hari ni Jumaat yang mana penjawat awam akan keluar pada pukul 11.45am. Masa aku nak menyeberang jalan yang tengah sesak tiba2 datang sorang pemuda dan menerpa ke arah aku. "Bos!!! Ada duit ka? Mau pinjam buat tambang balik..Anak saya sakit tenat"...Itu lah kata2 yang keluar dari mulut pemuda ini tadi. Aku yang berada dalam keadaan terkejut cuba menjarakkan diri. Rasa kasihan pun ada, rasa takut menebal 2 kali ganda. Secara selamba aku menjawab.."Mintak sama itu polis la kawan"...sambil aku menunjukkan kepada seorang anggota polis yang sedang berkawal di bilik pengawal IPPD Miri yang kebetulan berada di depan bangunan pejabat tempat aku bertugas. Anggota polis tersebut, yang kebetulan merupakan abang kepada salah seorang sahabatku menggelengkan kepala tanda tidak membenarkan aku melayan karenah pemuda tadi dan menunjukkan isyarat agar aku beredar cepat dari situ. Pemuda tadi terus berlari meninggalkan aku dan anggota polis tadi. Kemudian dia menceritakan sesuatu yang menakutkan aku. Di tangan lelaki tadi terdapat sebilah pisau kecil yang aku sama sekali tidak sedar akan kewujudannya. Rupa-rupanya lelaki tadi berniat "mengepow" aku!!! Lutut aku jadi lemah. Niat nak makan tengahari dah tak ada. Aku segera kembali ke pejabat dan makan la biskut yang ada kat dalam pantry. Tiada ku sangka petang Jumaat tadi bakal meninggalkan satu kesan kepada diriku.



P/S: Teringat aku masa amik diploma kat S.Alam. Aku penah nak kena "pow" kat PKNS. Nasib baik ada sahabat aku Kallang Buda & Rawing Sirai yang pantas bertindak membalun mamat yang cuba "mengepow" aku. Teruk sorang daripada 3 orang penyangak tu kena. Kalau tidak entah la apa yang akan berlaku.Banyak lagi kelemahan dalam diri ini yang perlu diperbaiki...

Monday, November 24, 2008

Pasrah...

Salam sejahtera,

Buat semua sahabat dan blogger yang sudi menjenguk, tolong lah mana2 yang patut. Setiap kali nak masuk blog mesti ada benda "Violation" tu keluar. Dah request unlocked code pun masih ada jugak benda tu. Kalau2 blog saya kena "blocked" dan tak boleh nak masuk, ampun dan maaf dipohon.


14.47 hrs (24/11/2008)...

Friday, November 21, 2008

Ishk...Ishk...Ishk...

Pagi ni aku datang awal ke tempat keja. Kul 7 a.m aku dah terpacak kat kerusi dalam opis ni. Cuaca nampak cerah hari ni selepas hujan semalaman. Petang semalam, macam biasa lepas balik keja aku akan pegi swimming kat kolam renang awam yang tak jauh dari sini. Di sebabkan hari hujan renyai ketika nak balik keja, aku dan rakan sepejabatku (Johnny) pegi la jalan2 kat satu pusat membeli belah yang kebetulan kita orang selalu lalu kalau nak g swimming. Sampai kat dalam tu, adalah dalam 10 minit tiba2 kedengaran loceng kecemasan dibunyikan. Aku dan memberku terus turun ke tingkat bawah bangunan tersebut untuk menyelamatkan diri. Sambil berlari tu sempat gak aku tengok orang yang kurang prihatin dok tengok aku ngan member kau yang tengah berlari tadi. Sempat gak aku tanya sorang awek Cina kat kedai jual tepon.."Eh Amoi, apa pasal tak lari?"..."Owh, itu fired rill maa"...jawab Amoi tadi. Aiks? Takkan fire drill pun wat bodo jer? Takkan nak tunggu terbakar betul2 baru nak terhegeh-hegeh menyelamatkan diri. Pastu aku ngan member aku kuar, berkumpul kat padang letak kereta. Rupa2 nya bangunan tersebut memang sedang terbakar. Aku tengok bala2 pakcik & abang sekuriti bertungkus lumus menjalankan tugas nak suruh orang ramai keluar dengan selamat. Ada jugak manusia yang tak sayangkan nyawa kat dalam dunia ni rupa2 nya. Ada peluang menyelamatkan diri tapi wat2 banggang atau memang banggang. Nasib baik bomba sampai cepat dan dapat padamkan api, kalau tak memang dah hangus rentung la manusia2 ni tadi.

P/S: Teringat masa jadi guru sandaran tidak berapa lama dulu. Masa tu kita orang buat fire drill kat sekolah asrama. Budak2 boleh santai2 lagi nak kuar dari asrama. Ada yang siap boleh pakai baju sekolah, ada yang bawak bantal dan yang siap pakai minyak wangi pun ada!!! Apa punya tuuur...

Thursday, November 13, 2008

Al-Kisah di Taman Negara Pahang

Hari ni keje tak banyak & aku dah siapkan semuanya awal2 lagi...tengah dok menung2 kat opis ni aku teringat kisah lucu yang berlaku sewaktu amik diploma kat UiTM dulu. Kalau tak silap masa tu aku dalam tahun ke-2 (2002-2003). Kelas aku masa tu wat program gi Taman Negara Pahang. Ramai gak budak2 yang pergi, dua kelas gabung dalam 40 orang. Best la masa tu, semua buat sama2..Makan, mandi, tido (laki2 ngan pompuan asing2 la)...Nak dijadikan cerita, kita orang pergi kat sebuah gua, (Gua Telinga) kalau tak silap aku. Masa nak sampai kat gua tiba2 sorang sahabat aku (Bob) kena sengat tah apekebenda yang menyebabkan muka nya bertukar jadi macam orang tua. (Sori Bob, bukan aku nak wat cerita tapi betul2 muka hang bertukaq macam tu...Hehehe) Pastu pensyarah pengiring, En. Hisyam Che Mat suruh la beberapa volunteer gi antar Bob balik untuk dapatkan rawatan. Aku pun offerkan diri, (bukan ape, aku fobia masuk gua...:)...pastu ada Mijan (skang tengah training nak jadik cikgu) ngan Pudji (ada member cakap dia dah keje JPJ). Jadi kita orang papah la Bob ni balik. Kalau tak silap nak gi gua ni amik masa dalam 1 1/2 jam. Punya la payah, dah ler Bob tak leh nak bukak mata, maklum la tengah sakit. Kalau nak naik bukit ok lagi la, boleh tolak dari belakang tapi kalau nak turun bukit yang curam skit sape nak kat depan Bob. Nanti tak pasal2 kena hempap ngan Bob ni plak...Kita orang 3 pakat suruh dia duduk dan kemudian tolak dia ke bawah (mengelunsur). Bob apa lagi, dok mengaduh sana mengaduh sini tapi kita orang buat tak tau je...Hehehe!!! Pastu berlaku la benda yang tak disangka2. Masa kami tengah papah Bob kat tengah hutan tu tiba2 lalu sekumpulan babi hutan dengan saiz badan yang memang besar. Tipu tak tipu saiznya sebesar lembu!!! Aku, Mijan & Pudji dengan automatiknya lari sembunyi kat belakang pokok. Tinggal lah Bob bersendirian kat situ. Kita orang 3 saling berpandangan & hairan nape lak Bob ni tak lari. Pastu terdengar la suara Bob panggil kita orang..."Land....Mijan...Pudji....Hangpa suma pi mana?" Laaa...pastu baru teringat yang Bob tak pat nampak sebab mata dia dah naik lebam kene sengatan apekebenda serangga hutan tadi. Dalam dok tengah kalut sempat gak aku, Mijan & Pudji menoleh ke arah kumpulan babi hutan tadi. Yang paling kami tak tahan, seekor babi yang agak besar sempat berhenti dan menjeling kat Bob, pastu blah...Tiba2 terdengar suara Mijan & Pudji ketawa terbahak2 & aku pun join skali. Kita orang terus pegi kat Bob, cepat2 bawak dia pergi dari situ. Sampai kat klinik, Bob terus diperiksa dan diberi suntikan. Kemudian baru kita orang cerita kat Bob apa yang berlaku..."Sampai hati korang tinggal aku sorang2!!!"...kata Bob dengan nada agak marah. Si Pudji plak menyampuk..."Alah Bob, babi tadi takkan pi sontot hang sebab hang buat muka 'kering'!!!...Apalagi pastu aku, Mijan, Pudji termasuk lah Bob ketawa terbahak2...


P/S: Rindu la saat2 masa mengaji dulu...Terasa nak jumpa sahabat2 lama. Pesanan wat korang yang tengah mengaji (blajar la tu), penuhkan masa untuk kumpul kenangan yang indah2...Kalau dah keja esok2 tu mesti teringat nak wat benda2 tu balik...:)

Tekanan kerja yang melampau???

Salam sejahtera buat semua...Dah masuk 8 bulan aku bekerja dengan kementerian dan selama itu lah aku mendengar pelbagai rungutan daripada rakan2 sepejabat..Ada yang kata macam ni, ada pulak yang kata macam tu..Pada asasnya itu adalah RUNGUTAN...Ada sorang teman ni, alih2 mengadu tekanan kerja yang melampau..Kena buat inilah, itulah dan macam2 lagi. Pada pengamatan aku takde plak kerjanya melampau2 seperti yang di war2 kan. Datang kat opis dekat kul 8am walaupun sepatutnye teman ni kene masuk kul 7.30am. Pastu dalam kul 9.30am dah kuar minum pagi. Dalam kul 11.30am bru sambung keje balik..Kita orang lunch dalam kul 1pm, tetapi batang hidung teman ni dalam kul 12.30pm dah tak nampak dah..Makan punya makan, kul 2pm dah kene sambung keja..Teman ni tadi dah masuk awal, seawal 1.45pm. Tapi bukan wat keje tapi gi pukul..Pukul bola ping-pong kat dalam bilih rehat nu..Pukul punya pukul dah dekat waktu balik iaitu kul 4.30pm..Hai...Banyak sangat ke tekanan yang ada kat kepala teman ni...Begitu lah rutin si teman ni tadi sampai skang ni..Ditegur katanya "Aku tau la buat keja aku!!!" Hai2...Sebagai kawan aku tegur lagi wat kali kedua..Jawapan yang sama aku terima. Sampai skang aku terima dengan seadanya tebiat teman aku ni...Tapi satu benda yang aku nak kongsi kat semua..Kalau dah banyak sangat tekanan tu dan rasa takpat nak tahan, baik berhenti keje sebab ramai lagi kawan2, rakan2 graduan aku kat luar sane takde keje a.k.a tengah menganggur yang nak kan tekanan keje korang yang taknak keje..(Bukan marah ni tapi cuma meluahkan rasa hati)...:)


P/S: Bersyukurlah sekiranya kita tertekan kerana ada kerja yang perlu difikirkan dan dilakukan kerana tekanan yang dilalui oleh sahabat2 kita yang belum bekerja melebihi daripada apa yang kita rasa sekarang ni...Memetik ungkapan seorang sahabat; "Besar sangat ke batu atas kepala dia itu bos sampai dia rasa tertekan buat keja"...

Tuesday, November 11, 2008

Kawan Sampai Mati

Baru2 ini, aku berbalas sms dengan seorang teman yang suatu masa dulu pernah menjadi pujaan. Di penghujung sms, permintaannya berbunyi sebuah pertanyaan. Ia berbunyi begini.."KITA KAWAN SAMPAI MATI, YA?"....Bunyi macam menakutkan tapi itulah apa yang semua kita perlukan. Kita berjumpa dan berkenalan dengan seseorang setiap hari tapi berapa ramaikah di antara mereka yang akan kekal sebagai kawan hingga hujung nyawa? Sejak lahir ke dunia kita ditemukan dengan pelbagai jenis kawan. Bak kata seorang sahabat, rambut sama hijau (hitam) tapi hati lain2..Ya, memang hati kita berlainan bentuk dan saiznya tetapi apa yang dimaksudkan adalah apa yang terbuku di dalam hati seseorang. "Bercinta biar satu,berkawan biar beribu"...Itulah ungkapan yang sering dinyatakan..Maknanya begitu mendalam dengan ungkapan menekankan apabila kita berkawan biar melebihi lebih dari seorang. Baik kawan lelaki atau perempuan, berapa ramaikah yang pernah, seringkali atau tiada sesaat pun yang menyakiti hati kita? Kawan sampai mati? Adakah seorang kawan yang pernah menyakiti hati kita tidak tergolong dalam kategori kawan sampai mati? Siapalah kita untuk mengadili insan lain? DIA sendiri tidak pernah menidakkan hak seseorang untuk berkawan apatah lagi kita. Kawan sampai mati adalah kawan yang sentiasa memaafkan, meminta maaf ketika bersalah dan kadangkala terpaksa mengalah dan mengaku bersalah hanya kerana ingin menyelamatkan sebuah persahabatan...Buat kawan2 yang melayari blog ini, jika anda tergolong dalam kategori yang dimaksudkan bermakna andalah KAWAN SAMPAI MATI!!! Salam sejahtera & moga sihat2 hendaknya...:)


P/s: Buat teman tersebut, kita sememangnya ditakdirkan sebagai "KAWAN SAMPAI MATI". Hanya yang terbaik aku doakan buat dirimu...AMEN...

Monday, November 10, 2008

Harga Minyak vs Harga Barang

Salam sejahtera buat semua...Sejak berkhidmat ngan MHBN (Majlis Harga Barang Negara) cawangan Miri ni aku jadi agak kedekut. Bukan kedekut nak kongsi ilmu ngan teman2 tapi kedekut masa nak belanje duit. Bukan apa, harga barang naik sebab harga minyak naik. Sekarang harga minyak dah turun tapi harga masih lagi tak turun2..Dah lumrah kot, kalu dah naik tak reti nak turun2..Aku nak kongsi satu cer (cerita bak kata sahabat aku Opel)..Benda ni betul2 berlaku kat salah satu kawasan pemantauan tempat aku keja..Batu Niah (Sarawak). Masa harga beras mula2 naik melambung, pengguna jadi panik. Ada yang siap bukak gedung beras simpanan kat umah..Peniaga apa lagi, naik kepala la..Tapi penduduk Niah ni bijak!!! Kenapa? Dia orang sanggup tunggu keluaran beras nasional yang berharga RM17-RM18 tu..Di sebabkan ini, peniaga kat kawasan tu terpaksa menjual beras dengan harga yang agak berpatutan...Haaa!!! Tau nak kenakan pengguna tapi dikenakan balik plak oleh pengguna bijak!!! Pastu aku nak kongsi ngan rakan2 semua satu formula yang boleh diguna pakai masa nak order minuman. Ada bran (berani, ni pun Opel yang ajaq) ka? Cuba tanya tukang bancuh air tu nape harga mesti sampai RM1.70 untuk segelas Teh O' Ais..Bahan asas nak wat air (Teh (kalau yang uncang boleh recycle sampai 2-3 kali)+gula (diwartakan oleh kerajaan dan takan boleh naik melambung+Ais(ni buat sendiri)+air(tarif air mahal sangat ke?)= Teh O' Ais..Pengguna2 semua bijak2, jadi tak salah nak tanya melainkan anda semua memang sedia nak bayar lebih dari apa yang patut...Hehehehe..Renung2 kan lah...

Outing kat Lambir Waterfall

Salam sejahtera buat semua...Sebelum aku bercuti 1 minggu dan balik ke kampung halaman pada minggu lepas aku sempat meluangkan masa melepaskan "gian" aku untuk masuk hutan. Bukan pergi berburu pun, cuma sejak menamatkan pengajian kat Shah Alam, minat untuk menjiwai alam semesta yang serba hijau menebal dalam diri ini. Sebelum itu, teringin sekali menyampaikan jutaan terima kasih kepada En. Hisyam Che Mat (pensyarah yang memperkenalkan kat aku apa itu "outdoor xtvt"). Apa lagi bos, dah up ni..Hehehehe!!! Juga wat teman2 seperjuangan yang selalu "memapah" aku ketika jatuh bangun selama 7 tahun
menuntut. Okla, mai aku ajak semua join skali tengok xtvt kami waktu tu...Ni la geng2 PPH aku yang "terjebak" sama untuk join aku gi outdoor...Enjoy!!

Jalan2 cari pasal...Hahahaha!!!! Tengok betul2 kat pokok ni..Pelik tapi benar..Dah dekat 30 tahun aku duduk kat Sarawak ni, ini la 1st time aku gi kat Taman Negara Lambir. Ini pun kebetulan lak aku skang keje dekat ngan kawasan ni. So, kengkawan kat Semenanjung tu mai la datang Sarawak ni. Ada banyak lagi tempat yang boleh gi kalau nak wat xtvt outdoor.
Mandi time!!!
Ni la xtvt aku dan geng2 aku..Wajib benda ni kalau g waterfall. Dah la air sejuk nak M@%&#S!!!! Hehehehe...
1,2,3 click!!! Wat2 kuat plak member aku sorang nih..Kang aku rendam baru hang tau dalam tak dalam waterfall ni...:)
Waktu nak balik dah...
Paling best masa nak balik, dah lah letih tapi sempat gi amik post. Hehehehe...Pasni kene drive dalam 1/2 jam nak balik Miri. Lain kali kalau aku jadi gi Gua Niah aku habaq mai kat korang semua..Daaa....